6 Tips Untuk Menjaga Kesuburan Lelaki Dan Membantu Menghasilkan Zuriat

Ramai sering menganggap bahawa kegagalan memiliki zuriat puncanya adalah daripada wanita. Tetapi, menurut kajian, 20 hingga 30 peratus kegagalan memiliki zuriat turut berpunca daripada lelaki.

Banyak perkara dalam kehidupan seharian yang boleh mengganggu tahap kesuburan lelaki. Berikut adalah amalan-amalan yang boleh dibuat untuk menjaga kesuburan lelaki.

 

1. Berhenti minum alkohol secara berlebihan dan merokok

stop smoking

Mengamalkan cara hidup yang tidak sihat ini akan mengganggu menghasilkan jumlah sperma yang banyak kerana ia menyebabkan kerosakan pada sperma dan juga mengurangkan kualiti sperma.

 

2. Kawal berat badan

man weight

Obesiti boleh menjadi punca mengapa pasangan suami isteri masih belum memiliki zuriat. Elakkan daripada obesiti berlaku kepada diri. Amalkan gaya hidup sihat agar ia membantu mencerahkan peluang mendapatkan anak.

 

3. Kesuburan bergantung pada testis yang sejuk

testicles care

Testis yang berada pada suhu 1 hingga 2 darjah lebih rendah daripada suhu keseluruhan tubuh boleh membantu menghasilkan sperma yang subur. Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat dan kurangkan mandi dengan air panas.

 

4. Jauhkan diri daripada persekitaran yang bahaya

chemical safe

Lindungi diri daripada bahan-bahan berbahaya agar dapat menjaga kesuburan diri. Walaubagaimanapun, jika pekerjaan anda memerlukan anda menguruskan bahan-bahan berbahaya ini pastikan anda melindungi diri anda dengan baik.

 

5. Makan sihat, hidup sihat

man eat healthy

Sperma yang berkualiti turut bergantung kepada cara pemakanan serta pengamalan aktivti senaman yang teratur. Elakkan daripada senaman secara berlebihan kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Selain itu, makanan yang anda ambil juga haruslah seimbang agar tidak mengganggu kesuburan sperma.

 

6. Khatan bukan sekadar agama

happy couple

Bagi penganut beragama Islam, khatan adalah satu amalan yang harus dipatuhi. Walaubagaimanapun, mengikut sains, khatan membantu dari segi kesihatan. Kulit penis mampu mengumpulkan 42 jenis bakteria yang berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan lelaki selain daripada mengganggu kesuburan sperma. Maka, atas sebab itulah, amalan berkhatan ini digalakkan untuk dilakukan oleh kaum lelaki.

 

*sumber gambar dari Google

 

join us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *