6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

Di dalam kehidupan pasti kita sentiasa menginginkan pencapaian yang dapat memberikan impak kepada dunia, ini juga terjadi di dalam mencari gaya yang sesuai untuk peribadi anda.

Mencari peribadi sendiri bukan bermaksud anda harus berpakaian seperti seorang lagenda bintang rock terkenal, ataupun mewarnakan rambut anda dengan warna yang terang. Ianya boleh dilakukan dengan mudah.

ads-hair-tonic

6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

                                                                                   topsy.fr

Tetapi bukan itu sahaja anda boleh ikuti beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda di dalam menentukan gaya peribadi anda sendiri.

1. Apa yang anda inginkan di dalam stail?

Sebelum anda membuat pilihan di dalam menentukan jenis stail yang anda inginkan, pertama sekali anda harus tahu niat sebenar anda bertukar stail. Adakah anda ingin bos anda perasan? atau ingin kelihatan hebat di mata perempuan? Ingin berehat dari memakai pakaian kerja? Atau inginkan keyakinan kemana sahaja anda pergi? Jika anda inginkan stail profesional untuk bekerja anda hanya membazir waktu pergi ke kawasan pakaian kasual di pusat membeli belah mencari baju.

6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

2. Apa yang anda inginkan dari penampilan anda?

Kadang-kadang apabila kita melihat seorang model memperagakan pakaian yang baru kita sudah terfikir untuk mendapatkannya suatu hari nanti sedangkan mungkin kita tidak tahu pakaian tersebut mungkin tidak sesuai bagi kita. Kita juga seringkali tertipu dengan keindahan gambar yang telah diphotoshop sebelum ditayangkan di mana-mana majalah.

Ada juga masalah di mana anda telah melaburkan sejumlah wang yang besar dengan membeli fesyen terbaharu sedangkan selepas beberapa bulan fesyen tersebut tidak lagi relevan. Seeloknya minta pandangan dari rakan baik anda tentang fesyen yang anda gayakan dan rajinkan diri anda dengan membuat eksperimen terhadap pakaian yang ada di dalam almari anda sejak sekian lama.

6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

                                                                            www.pinterest.com

3. Jalankan dengan apa yang anda ada

Perkara ini sudah ditulis sebelum ini, jika anda sedang mencari imej yang sesuai untuk digayakan apa kata lihat dahulu ke dalam almari mana tahu terjumpa pakaian yang bersesuai dengan imej yang anda kehendaki. Jika tidak, anda perlu mengemas almari anda dengan mengasingkan pakaian yang tidak lagi mahu digunakan dengan pakaian yang sedia untuk digunakan.

6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

                                                                         www.pinterest.com

ads-facial-bar

4. Mulakan dari yang asas

Anda tidak perlu berhabis duit dengan membeli baju yang berjenama. Anda boleh mulakan dari kecil dengan membeli beberapa tshirt, sepasang seluar dan juga jaket. Kemudian anda boleh eksperimen pakaian tersebut. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan anda dari membeli barangan yang bukan keperluan, ini juga mampu memberikan anda masa untuk berseronok mencuba pakaian yang sedia ada.

6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

                                                                                play.google.com

5. Belajar dari yang pakar

Setiap dari kita kalau belek majalah mesti nak tengok fesyen yang digayakan artis, sebagai artis pula menjadi idola dari semua segi merupakan satu kemestian. Apa sahaja yang anda gemari dari selebriti kesayangan anda, anda boleh ambil sedikit auranya dengan membeli baju yang lebih kurang sama kemudian cuba memakainya. Itu tidak dikira menciplak tetapi memasukkan elemen fesyen mereka kepada imej terbaru anda.

6 Tips Untuk Menentukan Gaya Peribadi Anda

                                                                        www.pinterest.com

6. Jangan dilupakan perkara yang kecil

Setelah sibuk bercerita tentang pakaian yang ingin dipakai sehingga lupa tentang perkara kecil yang juga memainkan peranan besar di dalam isu pemakaian. Ambil masa yang lebih untuk memilih aksesori seperti Skarf, tie, dan juga sepasang kasut yang elok untuk digayakan.

Jangan lupa membeli minyak wangi (yang berjenama) sebagai satu pelaburan juga. Mana tahu dengan keadaan anda yang wangi dapat menarik lebih ramai wanita lagi.

 

Ada juga sesetengah lelaki yang dilihat agak sukar untuk memilih imej masing-masing, bereksperimen dengan pakaian yang ada dan menjadikan selebriti sebagai bahan rujukan. Memang perkara sebegini memakan masa, mana tahu selepas  beberapa ketika ada yang memuji sehingga memberikan anda keyakinan ketika keluar rumah.

BACA: Jenis Kasut Yang Seringkali Digunakan Lelaki

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *