6 Tip Bagaimana Hendak Menjadi Lelaki Dambaan Wanita

Untuk mendapatkan perhatian wanita bukan suatu perkara yang dapat dilakukan oleh semua orang. Hanya mereka yang memiliki kemahiran tertentu sahaja dapat melakukannya. Walaubagaimanapun, dengan mengamalkan tip-tip yang diberikan di bawah akan membantu memudahkan tugas anda untuk menjadi lelaki dambaan setiap wanita.

 

1. Jadi diri sendiri

1

Ramai menyangka dengan menjadi diri sendiri akan membuatkan wanita tidak tertarik untuk mendekati kita, tetapi jika kita cuba berlakon menjadi orang lain ia sebenarnya akan menyebabkan kita kelihatan teruk. Apa yang anda perlu lakukan adalah menjadi diri sendiri kerana itulah daya tarikan anda yang paling hebat sebenarnya.

 

2. Matang

2

Berfikir dan bertindaklah seiring dengan usia anda. Makin berusia anda, sepatutnya semakin matanglah tindak tanduk anda. Menjadi lelaki sejati bukanlah sekadar bernama lelaki, tetapi ia memiliki maksud yang lebih mendalam. Wanita menyukai lelaki yang mempunyai kebijaksanaan dalam diri.

 

3. Berbangga dengan diri sendiri

3

Berbangga dengan diri sendiri, bukan sombong dengan diri sendiri ya. Ia sesuatu yang berbeza. Wanita sangat menyukai lelaki yang yakin terhadap dirinya sendiri. Jangan sesekali merasa rendah diri kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan lemah dan tidak mampu menjadi pelindung kepada wanita yang anda sukai.

 

4. Jangan ikut kehendaknya

4

Jangan menjadi lelaki yang terlalu berharap kepada wanita sehingga anda kelihatan lemah. Tonjolkan keyakinan anda dan tunjukkan bahawa anda adalah lelaki sejati dan dia yang sebenarnya patut menuruti anda. Lelaki yang yakin adalah dambaan setiap wanita.

 

5. Bertanggungjawab

5

Bertanggungjawablah terhadap segala tindakan dan keputusan yang anda ambil. Jangan menjadi lelaki yang suka menyalahkan orang lain atau situasi-situasi tertentu. Wanita sentiasa perasan jika anda adalah lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana dia nak percaya kepada anda jika anda sendiri pun tak nak bertanggungjawab terhadap tindakan anda sendiri?

 

6. Lelaki yang bercita-cita

6

Wanita menyukai lelaki yang bercita-cita tinggi kerana itu menunjukkan bahawa anda tahu apa yang anda inginkan untuk masa depan anda. Wanita melihat hal ini sebagai sesuatu yang memberi jaminan kebahagiaan kepada mereka kerana anda sudah ada matlamat dalam kehidupan anda. Ini menunjukkan bahawa anda adalah lelaki yang suka merancang sebelum bertindak.

 

*sumber gambar dari Google

 

join us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *