6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan “Nerd”

Ramai wanita yang tidak tahu bahawa lelaki sebenarnya tertarik dengan wanita ‘nerd’ atau ‘skema’. Kajian juga mendapati, 76% lelaki inginkan wanita ‘nerd’ sebagai pasangan hidup mereka. Tapi kenapa? Untuk wanita ‘nerd’ di luar sana, jangan rasa rendah diri kerana ramai sebenarnya lelaki yang sukakan anda dalam diam!

6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan "Nerd"

www.himpunanceritalawak.com

1. Wanita “Nerd” Bijak Dan seksi

Selalunya wanita nerd ni tidak gemar berborak kosong, setiap apa yang dikatakan pasti mempunyai bukti yang kukuh. Mereka akan pastikan apa yang dikatakan disokong kuat dengan bahan ilmiah yang dibaca. Oleh itu lelaki dan wanita nerd ni pasti ada sahaja topik yang boleh dibualkan kerana mereka, perempuan jenis ‘nerd’ ni banyak juga pengetahuan am dalam selok belok ekonomi, dunia dan juga tidak ketinggalan di dalam alam rumah tangga.
6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan "Nerd"

www.themalaysiantimes.com.my

ads-beard-oil

2. Mereka banyak pengetahuan

Seperti petikan di wanita ‘nerd’ nombor satu, perempuan jenis ini memang tidak akan bosan kerana setiap yang mereka lakukan pasti bersebab dan mereka ini jenis yang suka membaca. Setiap yang dibaca jika kena dengan keadaan semasa akan dipraktikan ke dalam kehidupan seharian. Perempuan jenis ini memang ramai di Malaysia dan kebanyakan dari mereka memang bekerja di dalam bidang profesional. Sudah ramai wanita “Nerd” yang berjaya mencuri hati ramai lelaki di Malaysia.
6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan "Nerd"

www.themodernman.com

3. Wanita ‘nerd’ tak membosankan

Perempuan jenis ini banyak membaca dan gemari tempat seperti di perpustakaan dengan kedai buku. Perempuan nerd ni juga jenisnya yang penyanyang dan gemarkan binatang berbulu. Borak apa sahaja dengan mereka pasti masuk kerana mereka juga macam lelaki yang suka bertukar pendapat dan bertambah ilmu jika borak dengan mereka ini.

6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan "Nerd"

elitedaily.com

4. Wanita ‘nerd’ lebih hot!

perempuan jenis ini mungkin tidak menyerlah dari segi pakaian dan mungkin agak lambat dari segi “fashion sense” yang ada pada mereka namun pada pandangan mata lelaki perempuan ‘nerd’ ni memang dah cukup seksi dan “Hot”.

6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan "Nerd"

amazingnara.com

5. Wanita “Nerd” lebih memahami lelaki

Disebabkan ilmu yang ada pada perempuan “Nerd” ini mereka jarang sekali mendatangkan masalah pada lelaki. Mereka ini lebih memahami lelaki contoh lelaki balik lewat kerja, mereka faham dan jika ada masalah lain pun mereka ini selalu memberi ruang pada lelaki untuk menyelesaikan masalah mereka.

6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan "Nerd"

www.vemale.com

ads-body-soap

6. Wanita jenis ini mempunya sifat sabar yang tinggi

Jarang perempuan ini bergaduh tak tentu pasal. Mereka ini mempunyai sifat sabar yang tinggi dan juga amat bertoleransi. Mereka ini tidak akan membuang masa untuk bergaduh dan selalu mencari jalan penyelesaian sendiri. Sebab itu perempuan jenis ini disenangi ramai lelaki.

6 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cenderung Kepada Perempuan "Nerd"

www.hexjam.com

Kepada pembaca sekalian jika anda ada komen berkenaan dengan perempuan “Nerd” ini boleh komen di bawah ye.

BACA: Imej Individualiti Lelaki Kontemporari

Sumber: Himpunan Cerita Lawak

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *