Ramai yang sanggup mengamalkan diet ketat semata-mata untuk menurunkan berat badan.
Namun, semuanya sia-sia kerana berdiet bukan sesuatu yang mudah dan kadang-kala ia berakhir di tengah jalan begitu saja.
Percaya tak jika kami katakan bahawa bersukan lebih efektif dan berkesan berbanding diet?
Ini antara sebab kenapa bersukan lebih baik dan berkesan dari berdiet!
College of Dietitians of Alberta
Pakar kesihatan mendedahkan, diet boleh menyebabkan perkara bahaya seperti anoreksia atau bulimia. Bersukan memang memenatkan tapi, kesan positifnya bukan sahaja boleh menurunkan berat badan, malah jantung juga lebih sihat.
SparkPeople
Berlapar bukannya jalan terbaik untuk mengurangkan kalori. Hanya bersukan sahaja yang mampu membakar kalori dan buatkan tubuh tetap sihat.
Psychology and Mental Health Forum
Kalau berdiet, itu tak boleh makan, ini tak boleh makan. Jika anda bersukan dengan rutin, anda boleh makan banyak mana pun asalkan ianya makanan yang sihat.
Eat This, Not That!
Bila berdiet, anda perlu pantang macam-macam jenis makanan. Jika anda teruskan, anda boleh makan apa saja untuk memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.
CrossFit Wirral
Diet memang buatkan anda kurus, tapi dengan bersukan, badan anda bukan sahaja langsing, malah terbentuk cantik dan tak menggeleber.
SteadyHealth.com
Walaupun berdiet boleh buatkan anda kurus, tapi anda tetap rasa kurang yakin dengan diri sendiri. Berbeza dengan bersukan, ia buatkan anda otak lebih cergas dan anda lebih yakin dengan tubuh badan anda.
Komen di bawah jika anda ada sebarang komen ye.
BACA: Tidur Siang Lebih Dari Satu Jam, Tingkatkan Risiko Diabetes!