6 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Nintendo Switch

nintendo switch

Kredit foto: AnandTech

Berdasarkan maklumat yang kami perolehi daripada laman web Wired, syarikat pengeluar konsol permainan video terkenal iaitu Nintendo akan mengeluarkan produk terbaru mereka bernama ‘Nintendo Swtich’ pada bulan Mac 2017.

Nintendo Switch adalah sebuah tablet dengan controller yang boleh dicabut dan dipasang semula dan boleh bersambung dengan set televisyen anda dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja anda berada.

Menurut Wired, buat masa ini hanya 6 info ini sahaja yang diketahui tentang Nintendo Switch.

nintendo switch

Kredit foto: Youtube

#1. Bermain di mana-mana sahaja

Mengapa perlu berhenti bermain game jika anda boleh bawa game anda ke mana-mana sahaja? Nintendo Switch membenarkan anda membawa game yang sedang dimainkan di televisyen ke mana-mana sahaja dengan tablet yang disediakan dengan controller. Jadi, tak perlu nak berhenti bermain kerana anda boleh sambung bermain ketika sedang menaiki LRT ke tempat kerja.

nintendo switch

Kredit foto: Wired

#2. Mempunyai banyak pilihan kawalan yang berbeza

Controller Nintendo Switch boleh dicabut dan membolehkan anda bermain game dengan kawan-kawan anda. Walaupun pilihan kawalan anda akan jadi terhad, tetapi ia masih dapat digunakan dengan baik dan memberikan kepuasan kepada anda ketika bermain Nintendo Switch.

Selain itu, controller Nintendo Switch masih mengekalkan gaya kawalan yang sama seperti Nintendo Wii di mana anda boleh mengawal permainan anda dengan memegang controller secara berasingan. Controller tersebut dipanggil sebagai ‘Joy-Cons’.

Baca lagi: 5 Perkara Yang Sering Dilakukan Apabila Bermain Micro Genius

ads-mens-grooming

nintendo switch

Kredit foto: GamesRadar

#3. Senarai game yang ada dalam Nintendo Switch

Berdasarkan video ringkas Nintendo Switch ini, di dapati bahawa, terdapat beberapa game yang boleh dimainkan. Antaranya ialah; Legend of Zelda: Breath of Wild, Skyrim, Mario Kart 8, NBA 2K17 (mungkin kot?), Super Mario dan juga Splatoon.

nintendo switch

Kredit foto: Nvidia

#4. Dibina dengan pemproses mudah alih Nvidia Tegra

Nintendo kebiasaannya tidak memaklumkan apakah hardware yang digunakan untuk konsol mereka, tetapi untuk Nintendo Switch mereka telah membuat pengecualian. Nintendo memberitahu bahawa mereka akan menggunakan Nvidia Tegra yang merupakan sebuah cip pemproses berprestasi tinggi demi memastikan kualiti grafiknya berada pada tahap yang terbaik.

ads-pomade_updated

nintendo switch

Kredit foto: Wired

#5. Banyak pengeluar dan penerbit game mahu terlibat sama (mungkin?)

Seperti kebanyakan pelancaran konsol-konsol permainan video sebelum ini, pasti akan ada pengeluar dan penerbit game yang berminat mahu menghasilkan game dalam konsol-konsol tertentu. Begitu juga dengan Nintendo Switch, ada banyak pihak yang bercadang mahu mengeluarkan game mereka dalam konsol Nintendo Switch. Tetapi, itu tidak bermakna mereka betul-betul mahu keluarkannya dalam konsol tersebut.

nintendo switch

Kredit foto: roel.me

#6. Game Nintendo Switch akan dijual menggunakan memori kad SD

Di samping anda boleh membeli pelbagai game untuk Nintendo Switch secara digital, anda juga boleh mendapatinya secara fizikal. Game untuk Nintendo Switch akan dijual menggunakan memori kad SD di mana saiznya adalah kecil dan tidak membebankan untuk dibawa ke mana-mana. Tetapi, belum dipastikan lagi sama ada semua game akan di jual dalam bentuk memori kad SD ini ataupun tidak.

Untuk konsol Nintendo Switch ini, laman web Gamespot menjangkakan harga untuk sebuah konsol ini ialah 299 US dolar atau bersamaan dengan RM1250.00 (lebih kurang). Jadi, kepada anda yang sudah mula mengidamkan untuk mendapatkan konsol ini yang bakal dilancarkan pada bulan Mac 2017, bolehlah mula mengumpul duit anda ye.

Adakah anda mempunyai pendapat sendiri tentang konsol Nintendo Switch ini? Jika ada, jangan segan-segan untuk tinggalkan pendapat dan pandangan anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Wired

Baca lagi: Tak Pernah Tahu Sejarah Game Contra? Sila Baca Ini

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.