Kereta old school atau classic memang menarik mata memandang. Setiap kali ianya lalu kita sering berpaling dan ingin melihat kembali kereta tersebut. Tidak seperti kereta kereta moden, kereta classic mendapat tempat di hati peminat nya kerana bentuk badan nya yang direka pada abad itu menjadikan ia satu karekter.
Golongan muda kini tertarik dengan hobi ini dan semakin banyak event event kereta old school di Malaysia. Disini kami senaraikan 6 jenis kereta old school yang sesuai untuk newbie.
credit : topsy.fr
Toyota Corolla Ke70 adalah generasi ke 4, penulis juga penah memiliki sebuah toyota Corolla Ke70 GL tahun 1983. Jentera ini dikuasakan dengan enjin 4K 1.3cc dengan 5 kelajuan. Kereta ini masih mudah di dapati dan alat ganti nya tidak terlalu susah untuk di dapati.
Datsun B310 adalah keluaran ke 4 generasi sunny. Dijual pada tahun 1977- 1983, model 4 pintu ini juga berjaya mencuri hati ramai anak muda dengan gabungan bumper TS cup dan sportrim lebar.
credit : ladyonwheels.com
Model sedan ini adalah generasi ke 3 corrolla di bina sekitar tahun 1974 sehingga tahun 1981 dan dikuasa kan dengan engine 3K. Bapa penulis juga penah memiliki model ini sekitar tahun 1990 – 1995.
Generasi ke 3 Galant ini walaupun sedan masih lagi mengancam seolah olah kereta sport. Di kuasa kan dengan enjin 1.6cc mampu memberi kelainan kepada si pemakai.
credit : static1.squarespace.com
Antara kelaianan, setiap orang ada cita rasa nya berbeza. Model Ke36 wagon ini mempunyai ruang yang lebih luas dibahagian belakang. Ciri -ciri hampir sama dengan model Ke30.
credit : s-media-cache-ak0.pinimg.com
Datsun b210 atau datsun 120y, juga dikenali sebagai buah kana dikeluarkan sekitar tahun 1973- 1977. Model datsun ini antara paling banyak digunakan di Malaysia dari kegunaan kereta memandu sehingga lah menjadi teksi.