6 Alasan Lelaki Perlu Yoga Hari Ini

image

Jarang benar kita mendengar lelaki aktif melakukan aktiviti yoga seperti wanita. Kebanyakan lelaki lebih gemar bersenam di dalam gim dan beranggapan yoga adalah senaman yang tidak mencabar. Beri peluang untuk cuba beryoga dan kami pasti anda akan menyukainya!

1. Senaman adalah rawatan, bukan penyeksaan

Kebanyakan masyarakat menganggap senaman adalah satu aktiviti yang penuh ‘seksa’ kerana perlu mengangkat berat, berlari sehingga kaki kejang, berpeluh sehingga baju basah dan sebagainya. Anda lebih memilih berlari di atas ‘treadmill’ hanya kerana anda makan terlampau banyak dan mahu membakar kalori. Yoga adalah jalan terbaik untuk bersenam kerana ia merawat tubuh anda dan bukan menyeksa tubuh anda.

ads-perfume-with-azrel

Adrian Hummell has been doing yoga for the past three years and now teaches Bikram yoga, a particularly strenuous form of the practice. Illustrates YOGA-MEN (category l), by Eric Niiler, special to The Washington Post. Moved Tuesday, October 22, 2013. (MUST CREDIT: Washington Post photo by Marvin Joseph.)

                                                     Health – Sarasota Herald-Tribune

2. Bertindak sebagai penghapus stres

Menurut penemuan yang dilakukan di Universiti Press Oxford, yoga berkesan dalam mengurangkan stres dan sakit belakang ketika bekerja. Kajian telah dilakukan ke atas peserta yang dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan melakukan yoga manakala satu lagi kumpulan tidak melakukan yoga. Ternyata kumpulan yang melakukan yoga dilaporkan kurang stres, kurang sakit belakang dan kurang murung dan lebih tenang berbanding kumpulan lain.

ID:63119455

                                                                         Expertrain

3. Meningkatkan motivasi dan konsentrasi

Kajian telah dilakukan oleh Universiti of illinois dan diterbitkan di dalam Journal of Physical Activity and Health di mana yoga mampu meningkatkan konsentrasi dan fungsi otak. Seramai 30 peserta yang melakukan yoga mempunyai tahap kecekapan, pembelajaran dan dan fokus yang tinggi berbanding peserta yang melakukan senaman aerobik dan berjalan di atas ‘treadmill’.

man-yoga-side-plank

                                                                          Eat This, Not That!

4. Tidur yang berkualiti

Yoga membantu memulihkan pesakit insomnia meskipun hanya melakukan yoga sebanyak 45 minit seperti bermeditasi dan bernafas secara mendalam setiap malam selama lapan minggu. Pesakit insomnia kini mempunyai tidur yang lebih berkualiti, mudah bangun pagi dan bertenaga sepanjang hari tanpa merasa mengantuk.

53d4441ca8d05_-_03-050712-sleeping-man-watch-it3bfc-lgn

                                                                            Cosmopolitan

ads-beard-oil-with-azrel

5.Postur yang sempurna

Menghabiskan masa dengan duduk menghadap komputer boleh mengundang postur tubuh badan yang tidak baik sehingga mendatangkan risiko sakit tulang belakang. Apabila anda melakukan yoga, otot-otot dan urat di dalam badan anda menjadi kendur dan ia membantu anda mempunyai satu postur yang sempurna dan membantu anda berjalan dengan penuh bergaya dan yakin.

Young man practicing yoga in mountains and doing parivrita parshvakonasana yoga posture

                                                                                The Cheat Sheet

6. Tubuh badan lebih lembut dan seimbang

Laporan Department of Veteran Affairs menerusi journal Stroke menemui bahawa yoga memperbaiki fungsi tubuh badan dan keseimbangan pesakit yang menghidap strok. Pesakit yang mengamalkan yoga dikatakan berjaya berdikari dari terus terjatuh dan ia merupakan khabar baik buat penderita strok!

044ASP361528

                                                                       Yoga for Health and Fitness

Tolak tepi tanggapan bahawa yoga ini sukar untuk dilakukan dan boleh mendatangkan kecederaan buat anda yang mempunyai tubuh badan ‘keras’. Sebenarnya, anda boleh mencuba posisi yoga khusus untuk orang yang baru belajar. Ini baru dinamakan ‘yoga beginners’!

Sumber: Maskulin

BACA: Cara Semulajadi Untuk Anda Meredakan Panas Badan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.