5 Watak Kartun Yang Mempunyai Misai, Janggut dan Jambang Yang Mudah Untuk Diingati

Selalunya kita bercerita tentang pelakon-pelakon lelaki yang mempunyai misai, janggut dan jambang yang terbaik. Tetapi kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda misai, janggut dan jambang dari rancangan kartun yang mudah diingati oleh sesiapa sahaja yang menggemari dunia kartun ini. Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama lihat 5 watak kartun yang mempunyai misai, janggut dan jambang yang mudah untuk diingati.

Kredit foto: Pinterest

Yosmite Sam

Yosemite Sam adalah watak kartun di dalam rancangan Looney Tunes dan juga Merrie Melodies. Rancangan telah diterbitkan oleh syarikat Warner Brothers Animation. Tugas Yosemite Sam dalam rancangan ini adalah memburu watak popular iaitu Bugs Bunny.

Watak ini diingati kerana Yosemite Sam mempunyai janggut dan misai yang berwarna merah dan hampir menyamai ketinggian Yosemite Sam sendiri.

Kredit foto: Clipart Fest

6 Lelaki Kerdil Dalam Kartun Snow White

Di dalam kartun Snow White, Disney menghasilkan janggut hanya untuk 6 orang lelaki kerdil daripada 7 orang kerdil yang ada dalam kartun ini. Watak-watak yang mempunyai janggut dan jambang ialah Sneezy, Sleepy, Happy, Doc, Grumpy dan Bashful.

Hanya Dopey sahaja tiada janggut dan jambang kerana ia tidak sesuai dengan perwatakan Dopey yang merupakan seorang penakut.

Baca: 5 Misai Terbaik Di Dalam Filem

Kredit foto: Bluebeards Original

Peter Griffin

Watak ini diwujudkan dalam sitkom animasi komedi yang cukup popular di Amerika Syarikat iaitu Family Guy. Selalunya, watak Peter Griffin ini tidak berjanggut, bermisai mahupun berjambang.

Namun begitu, pada episod ke 17 musim ketiga Family Guy, Peter telah muncul dengan imej bermisai, berjanggut dan berjambang dan ia kekal diingati kerana burung pun turut bersarang pada janggutnya.

Kredit foto: Pinterest

Super Mario Bros

Super Mario Bros pada asalnya ada sebuah permainan video yang dihasilkan oleh Nintendo dan cukup popular pada tahun 1985. Terdapat dua watak yang boleh dimainkan iaitu Mario dan Luigi. Kemudian, Super Mario Bros dijadikan kartun dan disiarkan pertama kali pada tahun 1989.

Wajah Mario dan Luigi mudah diingati kerana mereka berdua mempunyai misai yang besar dan seolah-olah menjadi trademark untuk mereka.

Kredit foto: IGN.com

Ned Flanders

Ned Flanders atau nama penuhnya Nedward ‘Ned’ Flanders Jr adalah watak kartun di dalam sitkom animasi The Simpsons. Ned adalah jiran kepada watak utama rancangan ini iaitu Homer Simpsons. Ned muncul pertama kali dalam rancangan ini dalam episod ‘Simpsons Roasting on an Open Fire’.

Ned mudah dikenali kerana sama seperti Super Mario Bros, dia memiliki misai yang agak besar dan mungkin akan kelihatan janggal andainya suatu masa nanti watak Ned dihilangkan misainya.

Baca: 3 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Lelaki Berjambang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *