5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

Baru-baru ini, bekas pembaca berita RTM, Norashikin Abdul Rahman disahkan berkahwin dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj.

Tapi, kalau ikutkan ini bukan pertama kali kerabat diraja berkahwin dengan pengamal media.

5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

Pada tahun 2005, Malaysia digemparkan dengan perkahwinan antara Azrinaz Mazhar dengan Sultan Brunei.

Kami senaraikan lima pengamal media yang berkahwin dengan golongan kerabat diraja.

ads-hair-tonic

1. Permaisuri Silvia, Sweden

5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

Permaisuri Silvia merupakan hos pendidikan dibawah Konsulat Argentina ketika bertemu Putera Carl Gustaf sewaktu Summer Olympics 1972. Putera yang kemudiannya menjadi raja selepas kemangkatan atuknya itu memberitahu bahawa beliau merasa keserasian dengan Silvia sejak kali pertama mereka bertemu.

2. Puteri Mary, Denmark

5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

3. Permaisuri Letizia, Spain

5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

Letizia merupakan seorang wartawan dan pembaca berita di televisyen ternama Sepanyol. Antara liputan besar yang dilakukannya ialah tragedi 11 September serta liputan peperangan di Iraq. Letizia bertemu dengan suaminya, Raja Felipe ketika melaporkan krisis tumpahan minyak di perairan Sepanyol pada tahun 2002. Mereka kemudian mengumumkan pertunangan setahun kemudian.

4. Bekas Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar, Brunei

5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

ads-pomade_updated

Azrinaz memulakan kerjaya beliau sebagai wartawan penyiaran di saluran televisyen TV3 dan pernah memenangi anugerah “Most Promising Journalist” pada tahun 2000. Beliau juga menerima anugerah Alumni MIIM pada tahun 2002 sebelum berhenti dan berkahwin dengan Sultan Brunei.

5. Tengku Permaisuri Norashikin, Selangor

5 Wartawan Yang Berkahwin Dengan Kerabat Diraja

Norashikin Abdul Rahman yang pernah berkeluarga sebelum ini merupakan bekas pembaca berita RTM. Beliau turut meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005) sebelum bernikah dengan Sultan Selangor.

Kredit: Glam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.