5 Tips Untuk Merawat Kulit Wajah Bagi Lelaki

Vogue pernah menyebutkan, kaum Adam memerlukan pertolongan dalam perawatan wajahnya. Sebaiknya lelaki jangan hanya mengandaikan bahawa hanya dengan sabun pencuci wajah untuk merawat kulit. Beberapa perawatan berikut dapat anda lakukan demi menjaga kulit yang sihat dan bebas jerawat.

Gambar hiasan: Askmen

1. Mencuci wajah

Tentu saja hal ini perlu dilakukan. Jangan mencucinya hanya dengan sabun pencuci wajah untuk perempuan, atau bahkan sabun mandi biasa. Men’s Fitness menyarankan, pilihlah sabun cuci muka khusus untuk lelaki yang mengandungi asam glikolat (glycolic acid).

Asam glikolat merupakan bentuk lain dari Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang boleh digunakan untuk membantu memperbaiki tekstur kulit serta mengurangi minyak yang berlebihan pada wajah.

Gambar hiasan: Askmen

2. Pengelupasan kulit

Jangan terkejut, pengelupasan kulit atau yang lebih dikenali dengan istilah exfoliating yang biasa dilakukan oleh para perempuan. Pengelupasan kulit dilakukan untuk membersihkan kulit secara mendalam dan menyeluruh. Cara ini juga bermanfaat untuk pertumbuhan semula kulit.

Caranya cukup mudah, anda boleh menggunakan sabun pencuci wajah yang mengandung butiran scrub semulajadi. Misalnya, butiran kopi yang banyak digunakan untuk proses exfoliating. Lakukan hanya seminggu sekali untuk membersihkan sel kulit mati dan menumbuhkan sel-sel kulit baru yang lebih baik.

Gambar hiasan: Pinterest

3. Mencukur kumis dan janggut

Sebelum meluncurkan pisau cukur ke bahagian wajah, sebaiknya basahkan kulit wajah anda dengan air hangat untuk membantu membuka pori-pori. Setelah itu oleskan krim cukur berbentuk gel atau mousse. Krim ini akan menjaga kulit agar tetap lembut selama proses pencukuran.

Semakin lembut kulit, akan semakin mendekatkan pisau cukur ke bahagian terbawah batang rambut yang akan dicukur. Hasilnya pun akan menjadi lebih lembut.

Gambar hiasan: The Idle Man

4. Pelembap

Kulit wajah lelaki cenderung untuk lebih tebal daripada kulit perempuan. Oleh itu, menggunakan pelembap yang diperuntukkan bagi perempuan dikhuatiri tidak cukup untuk menghidrasi kulit dan membuatnya lebih lembap.

Jika kulit anda termasuk dalam jenis normal yang cenderung kering, anda boleh menggunakan pelembap dengan bahan dasar minyak. Pulaskan pelembap sesaat setelah mandi, tepat di saat kulit masih terasa sedikit lembap kerana air.

Namun apabila kulit anda mudah berminyak dan berjerawat, sebaiknya gunakanlah pelembap dengan bahan dasar air yang lebih ringan di kulit.

Gambar hiasan: Ali Baba

5. Penggunaan masker

Tak ada salahnya jika lelaki menggunakan masker seperti layaknya perawatan pada kulit perempuan. Men’s Health menyarankan agar anda melakukan perawatan dengan masker setidaknya seminggu sekali agar kulit lebih kelihatan sihat.

Anda dapat membeli masker yang sesuai dengan keperluan kulit. Biasanya kemasan masker menyebutkan manfaat dan fungsinya bagi kulit. Di pasaran dijual masker untuk mencerahkan kulit, masker anti jerawat atau masker untuk melembapkan kulit.

Hindari bahagian mata dan mulut. Sebaiknya hindari pemakaian masker sesaat sebelum acara penting yang harus anda hadiri. Kerana beberapa masker mungkin saja membuat kulit wajah anda terlihat sedikit berbeza.

Baca lagi: 4 Tip Menjaga Penampilan Untuk Lelaki Merokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *