5 Tips Untuk Memulakan Cabaran Mountain Biking

5 Tips Untuk Memulakan Cabaran Mountain Biking

Sumber gambar: activeazur.com

Mountain biking adalah satu aktiviti yang bijak untuk memastikan anda sihat dan cergas di luar rumah.

Namun, tidak kira bagaimana terancang sekalipun rutin berbasikal anda, anda tidak akan dapat menikmati faedah kesihatan sepenuhnya tanpa kit dan peralatan yang betul.

Berikut adalah beberapa panduan bagaimana untuk kekal di puncak prestasi berbasikal anda dengan mendapatkan yang terbaik daripada peralatan anda.

1. Topi keledar mountain bike

Sumber gambar: Pinterest

Memakai topi keledar berbasikal adalah bahagian paling penting untuk mana-mana aktiviti basikal.

Jika anda mencari mountain biking yang lebih mencabar dan serius, maka anda perlu mendapatkan topi keledar yang lebih berat yang lengkap dengan pelindung muka.

Ia tidak mempunyai lubang seperti topi keledar yang biasa dan ianya lebih berat.

Tetapi jika anda berbasikal dengan kelajuan yang maksimum, maka anda akan memerlukan perlindungan yang selengkapnya.

2. Insurans liabiliti awam mountain biking

Sumber gambar: blog.tugo.com

Anda juga perlu memastikan anda dilindungi sekiranya anda menyebabkan kemalangan atau ditimpa kemalangan apabila keluar menunggang.

Sesetengah kelab basikal ada menyediakan insurans liabiliti dan khidmat nasihat undang-undang percuma, yang akan melindungi anda sekiranya berlaku kemalangan, atau sesiapa yang harus dipersalahkan.

3. Rantai basikal

Sumber gambar: Youtube

Ini adalah salah satu bahagian pada basikal yang anda dengan mudah mengabaikannya.

Apa yang ia perlukan adalah cuma pembersihan dan pelinciran yang kerap supaya ia dapat bertahan lama.

Setiap bulan, gunakan setengah jam anda untuk memberikannya beberapa TLC.

Kikis kotoran padanya, lap hingga bersih, periksa kerosakan jika ada dan lincirkannya.

Jangan terlebih melincirkannya. Lapkan pelincir yang berlebihan.

4. Brek basikal gunung

Sumber gambar: mtb-news.de

Pastikan anda memeriksa brek anda dalam keadaan yang terbaik.

Periksa ia sebelum memulakan sesuatu perjalanan dan pastikan bahawa brek tangan kiri mengawal brek belakang dan brek kanan untuk brek depan.

Gunakan kedua-duanya apabila menuruni bukit yang curam.

Jika anda menggunakan brek depan terlalu banyak,  anda mungkin akan menyebabkan diri anda terjatuh dari basikal.

5. Roda basikal

Sumber gambar: keywordteam.net

Periksa roda anda kerana mereka boleh menjadi lebih sensitif daripada apa yang anda fikirkan dan ianya sangat mahal untuk menggantikannya.

Jangan menunggang di atas jalan yang berlubang atau lain-lain halangan jika anda boleh mengelakkannya, kerana kejadian ini mungkin akan menyebabkan banyak kerosakan.

Sentiasa periksa roda anda untuk sebarang kerosakan dan gantikan ia sebaik sahaja anda mendapati ada lengkokan padanya.

Ianya sangat sukar untuk dibaiki sendiri.

 

Baca lagi: 5 Trek Lumba Yang Paling Deadliest Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *