5 Tips Penting Bagi Mereka Yang Ingin Lebatkan Jambang Dan Testosteron

5 Tips Penting Bagi Mereka Yang Ingin Lebatkan Jambang Dan Testosterone

www.rightthisminute.com

Sebenarnya ramai penggemar jambang ni tak kisah trend apa yang sedang “In” sekarang, keadaan di mana memiliki jambang yang lebatlah paling ramai lelaki idamkan dan menjadi kegilaan sesetengah wanita di luar sana. Untuk mendapatkan kekemasan di dalam memiliki jambang lebih mudah dibincangkan dengan kata-kata daripada buat sendiri. Oleh itu, penulis juga terfikir satu artikel yang boleh membantu dalam tips penting bagi mereka yang ingin lebatkan jambang dan testosteron.

Untuk memperincikan jambang bukan satu kerja yang mudah, ianya memerlukan beberapa lama untuk mendapatkan jambang yang sangat “cool”.

Walaupun tidak dapat “trick” yang paling tempat untuk lebatkan jambang namun kita sediakan 5 tip penting bagi mereka yang ingin lebatkan jambang dan testosteron.

Langkah 1: Meningkatkan pertumbuhan bulu muka

5 Tips Penting Bagi Mereka Yang Ingin Lebatkan Jambang Dan Testosteron

www.yahoo.com

Untuk memulakan pemanjangan jambang apa yang perlu anda mulakan adalah dengan bermula dari diet. Contohnya ialah dengan memakan daging tanpa lemak, telur, susu dan juga kacang dapat membantu di dalam pertumbuhan jambang.

Walaupun ada mengatakan dari pusat kawalan dan pencegahan penyakit telah mencadangkan untuk 50+ gram protein setiap hari, ini hanya perlukan 25 % daripada kalori yang di ambil. Tambah diet anda dengan lebihkan pengambilan brokoli, kekacang, lobak merah, dan citrus. Makanan ini dapat membantu di dalam menambahkan lagi kepanjangan jambang.

Langkah 2: Tingkatkan hormon di dalam badan

5 Tips Penting Bagi Mereka Yang Ingin Lebatkan Jambang Dan Testosteron

www.kinokopilka.pro

Jika anda tidak tahu taktik untuk menaikkan testosteron (hormon) serta jambang yang betul, “trick” ini mungkin anda sudah ketahui di mana dengan menambahkan masa terluang melawat ke gim dan cuba beberapa taktik yang boleh dilakukan seperti mengangkat berat dan bermacam-macam lagi taktik di gim boleh dilakukan. Kesemua yang dapat di lakukan ketika berada di gim secara tidak langsung menambahkan lagi testosteron secara total.

Langkah 3: Lembapkan jambang anda

5 Tips Penting Bagi Mereka Yang Ingin Lebatkan Jambang Dan Testosteron

handsomehooligans.bigcartel.com

Jadikan rutin setiap pagi dan malam untuk membuat urutan lembut dengan menggunakan minyak jambang, atau pelembap yang lebih kurang agar kulit di sekitar jambang anda menjadi lebih sihat. Pelembap itu dapat mengurangkan kegatalan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

Jika anda sudah dapat melihat pertumbuhan yang memberangsangkan pada rambut jambang itu jangan pula anda mengurangkan kadar minimum penggunaan pelembap itu pada sekitarnya kerana jika ingin jambang yang kuat dan cantik. Jika anda mempunyai kulit yang kering tingkatkan kadar penggunaan untuk mengelakkan kulit dari ketidakselesaan kulit pada wajah.

Langkah 4: Lindungi kulit anda

5 Tips Penting Bagi Mereka Yang Ingin Lebatkan Jambang Dan Testosteron

viewthevibe.com

Setelah anda melakukan senaman berat di gim, anda meningkatkan testosteron dan pertumbuhan jambang, tetapi anda turut mendapat peluh dan masalah kulit gatal yang menjadi kesan kepada aktiviti anda terdahulu. Untuk menyelesaikan masalah ini gunakan pencuci muka ketika mandi setiap hari. Ini bukan sahaja dapat menyihatkan jambang, ianya akan memberikan ruang pada jambang untuk terus tumbuh dengan baik. Ketika anda berada di dalam tandas, gunakan ia pada jambang kemudian biarkan ianya kering. Jika anda mempunyai jambang yang panjang gunakan “conditioner” untuk mendapatkan rambut yang lebih lembut.

Jika pekembangan testosteron menampakkan hasil yang positif, anda harus kekal bersemangat di dalam mempraktikkan diet yang seimbang, buat senaman dengan lebih kerap dan menjaga jambang dengan produk yang bersesuaian. Kemudian pastikan anda mengikuti perkembangan pertumbuhan jambang untuk mendapatkan jambang yang anda idamkan.

BACA: 7 Tips Yang Bagus Untuk Cukur Jambang

Join us_New

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.