5 Tips Bagaimana Untuk Menstabilkan Hormon Secara Alami

5 Tips Bagaimana Untuk Menstabilkan Hormon Secara AlamiSumber gambar: Pinterest

Adakah hormon anda tidak seimbang? Hormon seperti estrogen dan insulin adalah antara bahan kimia yang menjejaskan kebanyakan aspek kesihatan anda.

Jika hormon anda tidak seimbang, anda mungkin akan mengalami masalah seperti berat badan yang tidak dijangka, kemandulan, kemurungan, insomnia, keletihan dan keguguran rambut.

Penghasilan hormon adalah dikawal oleh tiroid, adrenal, pituitari, ovari, buah zakar dan pankreas.

Jika organ-organ atau kelenjar ini tidak berfungsi dengan baik, hormon anda mungkin akan menjadi tidak seimbang dan membawa kepada masalah kesihatan.

Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk mengimbangi hormon anda secara alami yang sebahagiannya lebih efektif daripada pil.

Berikut adalah 4 Tips Bagaimana Untuk Menstabilkan Hormon Secara Alami:

1. Melawan tekanan

Sumber gambar: cmu.edu

Tekanan adalah musuh yang paling berbahaya untuk kesihatan.

Hormon kortisol dilepaskan apabila kita merasa tertekan, membuatkan denyutan jantung menjadi semakin laju dan pelepasan adrenalin oleh kelenjar adrenal.

Pelepasan kortisol secara berlebihan untuk jangka masa yang lama boleh membawa kepada tekanan darah tinggi, ketidakseimbangan tiroid, tulang lemah, hiperglisemia, pertambahan berat badan, masalah kitaran haid dan sebagainya.

Belajar untuk menguruskan stres melalui meditasi membolehkan badan dan minda anda untuk berehat dengan cepat selepas menghadapi situasi yang tertekan.

2. Tidur yang cukup

Sumber gambar: charlottedietitian.com

Tidur adalah cara yang baik untuk memulihkan badan dan mengimbangi hormon.

Seorang dewasa memerlukan lebih kurang 7-9 jam tidur.

Kurang daripada jumlah tersebut boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuklah masalah sistem endokrin.

Kortisol iaitu hormon tekanan adalah dikawal pada waktu tengah malam.

Orang yang tidur lewat tidak akan mendapat rehat bagi tindak balas tekanan ‘fight/flight’, yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan tekanan.

Tidur sebelum pukul 10:00 malam dapat memaksimumkan fungsi hormon.

3. Latihan interval

Sumber gambar: codyapp.com

Senaman adalah cara yang baik untuk mengimbangi hormon dan mengurangkan tahap tekanan.

Berenang, berlari, berjalan atau mendaki adalah antara yang anda boleh lakukan.

Latihan bertahap tinggi selama 20 minit 2-3 kali seminggu adalah sudah mencukupi untuk membantu mengawal keaktifan hormon.

4. Diet yang betul

Sumber gambar: koafitusa.com

Apabila ia datang kepada soal ketidakseimbangan hormon, ianya adalah baik untuk memakan makanan yang semula jadi untuk mengelakkan toksin dan karsinogen merosakkan sistem endokrin.

Makan makanan mentah yang sihat sekerap yang mungkin.

Antara yang paling efektif adalah makanan yang penuh dengan vitamin dan mineral, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti tinggi.

Ianya lebih baik untuk mendapatkan nutrien penting daripada makanan dan bukannya daripada supplement.

5. Kreativiti

Sumber gambar: singinguk.co.uk

Aktiviti seperti menyanyi, menyulam, menanam orkid, memasak atau membuat barang kemas adalah antara elemen penting yang boleh menyenangkan jantung anda.

Apabila anda mula tertanya hormon apakah yang mempunyai kaitan dengan aktiviti tersebut, jawapannya adalah mudah.

Apabila anda merasa baik, jiwa anda menyanyi dan bergembira, badan anda akan menghasilkan hormon serotonin dalam kuantiti yang besar sama ada dalam sistem peredaran darah, sel-sel otak, dalam saluran gastrousus, dalam kelenjar pineal atau di tempat lain di dalam badan.

Ini hanyalah beberapa cara untuk mengimbangi hormon anda secara alami.

Kaedah yang semula jadi boleh memanjangkan kesihatan kita dan boleh membantu mencegah penyakit yang serius.

Walaupun anda boleh mengimbangi hormon anda dengan ubat-ubatan yang disarankan, tetapi melakukannya secara semula jadi akan memberi kepuasan yang berpanjangan.

 

Baca lagi: Utm Cipta Alat Untuk Mengesan Strok Haba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *