5 Tip Untuk Menjadi Bodyguard Dan Melindungi Keluarga Anda

Dunia sekarang ialah dunia yang sangat berbahaya. Risiko berada di mana-mana sahaja. Ancaman berbahaya datang tanpa mengira waktu dan silap haribulan, mungkin anda atau ahli keluarga akan menjadi mangsa.

Jadi, jika anda adalah ketua keluarga, maka anda harus lakukan sesuatu untuk mencegah bahaya mendatangi dan menjejaskan keselamatan keluarga anda. Sebab itulah anda adalah bogyguard di dalam keluarga anda yang akan menepis segala ancaman.

Untuk menjadi bodyguard profesional, anda perlu menjalani latihan-latihan formal. Tetapi, dengan perkongsian yang kami berikan dalam artikel ini, anda tidak perlu menjadi bodyguard profesional untuk melindungi keluarga anda.

Dengan mengamalkan 5 tip untuk menjadi bodyguard di bawah, kami yakin anda mampu untuk menjauhkan dan melindungi keluarga anda daripada ancaman bahaya.

tip untuk menjadi bodyguard

Kredit foto: Explore Talent

#1. Kenali Tempat Yang Ingin Dituju

Jika anda tidak pernah pergi atau lawati tempat-tempat seperti kawasan pelancongan di dalam negara mahupun luar, sila buat kajian tentang kawasan-kawasan tersebut. Anda perlu pastikan sama ada kawasan-kawasan tersebut selamat ataupun berbahaya untuk anda dan keluarga. Jika kawasan tersebut tidak selamat, elakkan daripada membawa ahli keluarga ke sana.

Baca lagi: 3 Cara Bagaimana Mahu Berfikir Gaya Sherlock Holmes

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Gcastd

Kredit foto: Gcastd

#2. Bawa Peti Kecemasan

Anda juga digalakkan membawa peti kecemasan ke mana sahaja anda pergi bersama keluarga. Simpan siap-siap peti kecemasan di dalam kereta supaya anda dapat gunakannya jika berlaku kecederaan kecil. Di samping itu, anda juga digalakkan untuk membawa lampu suluh di mana ia penting untuk digunakan ketika keadaan gelap contohnya seperti anda perlu menukar tayar di kawasan gelap.

Selain itu, anda juga perlu pastikan bateri telefon bimbit anda mencukupi supaya dapat menghubungi pihak berkuasa andainya anda menghadapi masalah besar. Oh ye, jika anda menggunakan prepaid, pastikan kredit anda mencukupi untuk membuat panggilan ye.

Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

#3. Bersedia Dengan Senjata

Untuk menjaga keselamatan ahli keluarga, anda juga digalakkan untuk membawa senjata di dalam kenderaan anda. Jika anda mahu menggunakan senjata api, perlu mendapat kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu. Namun begitu, anda boleh menyediakan senjata seperti kayu atau besi yang disimpan dalam kereta untuk tujuan mempertahankan diri dan keluarga.

ads-hair-tonic

Kredit foto: Collider

Kredit foto: Collider

#4. Tampil Gagah

Seseorang lelaki yang mahu melindungi keluarganya perlulah nampak sihat, gagah dan berani. Mengapa? Sebenarnya, ia adalah lumrah manusia yang tidak akan mengganggu seseorang yang nampak gagah dan berani kerana dikhuatiri akan menjejaskan diri sendiri. Jadi, anda perlu memiliki badan yang sihat, gagah dan berani agar dapat melindungi keluarga daripada ancaman kejahatan.

Jika anda rasakan anda tidak memiliki badan yang sihat dan gagah, mungkin sekarang adalah masa yang terbaik untuk dapatkan badan yang sihat dan gagah. Lagipun, anda lakukan semua ini untuk keselamatan ahli keluarga tercinta.

Kredit foto: Naked Security

Kredit foto: Naked Security

#5. Menjadi Pemerhati

Apabila berada di sesuatu tempat, anda perlu menjadi pemerhati yang baik supaya anda dapat melihat dan mengesan bahaya lebih awal sebelum menjejaskan ahli keluarga anda. Pastikan anda sentiasa berjalan berdekatan dengan ahli keluarga kerana sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, anda dapat selamatkan keluarga anda dengan segera.

Jika memasuki sesebuah bangunan, bukakan pintu untuk keluarga dahulu dan biarkan mereka melangkah masuk dahulu. Ini membantu untuk memastikan keluarga anda dalam keadaan selamat. Semasa berjalan kaki di tepi jalan, pastikan anda berada di antara jalan dan juga keluarga anda. Jika bahaya mendatang, anda dapat jauhkan ahli keluarga dari tepi jalan.

Adakah anda rasakan 5 tip untuk menjadi bodyguard ini mencukupi? Jika anda rasa tidak mencukupi dan sudi untuk menambah lagi, sila tinggalkan poin-poin anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 7 Cara Untuk Si Ayah Hilangkan Kebosanan Anak-Anak Tanpa Smartphone

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *