5 Tip Penggayaan dan Penjagaan Rambut Lelaki Urban

LA Times


Lelaki sekarang sudah mula mengambil berat tentang penggayaan dan penjagaan rambut. Apabila penggunaan pomade menjadi terkenal, semakin ramai lelaki mula menggayakan stail rambut yang sesuai dengan pomade. Ini perkembangan baik kerana potongan rambut yang menggunakan pomade adalah pendek dan kemas. Ini baru lah lelaki profesional. Mari kita lihat 5 tip ini mengenai rambut.


1. Jika bentuk muka anda adalah curvy maka ra
mbut perlu pendek, digunting kemas dan disikat rapi. Bentuk muka curvy adalah bentuk muka yang tidak mempunyai tulang rahang yang menonjol. Ia agak kebulatan. Bentuk muka jenis ini tidak mempunyai banyak pilihan dalam penggayaan rambut. Harus sentisa pendek dan kemas. Untuk bentuk muka ini penggunaan pomade, gel dan wax amat sesuai.

2. Untuk bentuk muka angular, boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan sesuai jika berambut panjang. Bentuk muka angular adalah bentuk muka yang mempunyai tulang rahang yang jelas. Bentuk muka ini mempunyai kelebihan untuk menggyakan pelbagai jenis rambut, termasuk rambut panjang.

Youtube

3. Gunakan gel atau minyak rambut. Kebanyakan jenis rambut lelaki memerlukan produk untuk menyokong gaya rambut. Jarang ada rambut lelaki yang boleh digayakan tanpa produk-produk in. Pomade yang sangat popular sekarang adalah satu pilihan yang baik. Selain itu, wax dan krim rambut juga adalah amat disarankan. Pilih mana yang anda rasa sesuai dengan anda.

4. Syampu rambut sekurang-kurangnya tiga hari sekali. Ini penjagaan rambut yang perlu diambil perhatian serius. Secantik mana pun rambut digayakan, jika tidak dicuci dan dijaga baik tidak molek juga. Bau, kutu dan kelemumur boleh menjadi halangan kepada imej yang baik. Ini lebih bahaya, kerana ianya adalah perkara yang jarang orang mahu menegur, tetapi imej negatif itu sudah pun terbentuk dalam pemikiran mereka. Tanggapan pertama yang negatif memberikan kesan berpanjangan.

5. Dapatkan nasihat tukang gunting. Berkawan-kawanlah dengan tukang gunting. Setiapa kali datang bergunting, tanya-tanya lah apa yang sesuai dengan kita. Biasanya tukang gunting akan tahu gaya yang sesuai dengan bentuk muka kita.

Selamat bergaya!

Baca : 5 Gaya Yang Boleh Anda Cuba di Saat Kecemasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.