5 Tip Memilih Suit Yang Baik Untuk Lelaki Urban

Permanent Style

SUIT dinamakan sebegitu kerana warna, fabrik dan corak yang sama digunakan untuk jaket dan seluar. Suit yang baik adalah ditempah dan perlu mengikut kesesuaian badan.

Dalam ilmu imej, fitting merupakan isu utama yang perlu diambil kira. Pakaian perlu mengikut kesesuaian badan si pemakai supaya nampak kemas dan selesa.

1. Fitting

Memadankan suit dengan bentuk badan amat penting. Suit seharusnya ditempah dengan mengambil ukur bahu, dada dan pinggang. Selain itu panjang tangan jaket suit perlu tepat untuk membolehkan protruding pada kemeja. Protruding bermaksud lebihan 1 hingga 2 inci tangan kemeja atau cuffs berada di luar tangan jaket suit.

Level 1 Menswear

2. Lapel

Ini adalah bahagian yang terletak di dada jaket di mana ada button hole. Ada dua jenis lapel yang biasanya terdapat pada jaket iaitu peak lapel dan pointed lapel. Gambar di atas adalah contoh peak lapel yang sesuai dengan semua orang. Pointed lapel biasanya sesuai untuk mereka yang mempunyai ketinggian.

Veritas

3. Vent

Vent adalah belahan di bahagian bawah jaket. Ia terletak di bahagian bawah. Single vent adalah belahan di bahagian tengah dan sesuai untuk mereka yang berbadan besar. Double vent adalah 2 belahan di sisi jaket dan sesuai untuk mereka yang berbadan kecil atau sederhana.

5 Year Project

4. Jenis Suit.

Single Breasted Suit adalah jaket yang mempunyai 2 atau 3 butang selari. Ini sesuai dipakai oleh semua jenis bentuk badan. Double Breasted Suit (seperti gambar di atas) sesuai dipakai oleh mereka yang berbadan kecil.

5. Warna Suit

Selalunya lelaki cenderung memilih hitam. Seorang tukang jahit pernah bertanya kepada saya “Who’s funeral are you attending?” Soalan ini membuatkan saya terfikir-fikir dan melekat hingga sekarang. Setelah mengkaji mengenai suit, saya menyimpulakan untuk suit yang pertama warna charcoal grey adalah yang terbaik. Ia adalah warna di antara hitam dan kelabu pekat. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah.

Antara pilihan yang baik untuk suit ialah warna-warna seperti biru navy, coklat dan kelabu.

Suit sememangnya menaikkan aura lelaki. Jika tidak, takkan lah hero filem Hollywood pun berlari dengan suit.

Selamat bergaya!

Baca : Sweater Jenis Apa Yang Menarik Minat Lelaki?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *