5 Tip Pemakaian Cincin Untuk Lelaki Kontemporari

Blingjewelry

Cincin merupakan salah satu aksesori kegemaran sesetengah lelaki. Ada yang suka kerana ia menambahkan persona diri dan gaya. Ada yang tidak kerana menurut pendapat sebahagian lelaki mereka tidak selesa. Jika digayakan dengan betul cincin boleh jadi satu daya penarik kepada lelaki kontemporari. Mari kita lihat tip pemakaian cincin yang betul.

 

1. Memakai Cincin dengan Keyakinan.

Ini penting kerana tanpa keyakinan cincin yang dipakai akan membuatkan pemakainya nampak serba tak kena. Memilih cincin yang betul itu satu hal, memakainya adalah hal yang lain. Jika tidak selesa, baik jangan pakai.

The Knot

2. Pakai Cincin di Jari Yang Betul.

Umum mengetahu cincin kahwin dipakai di jari manis. Jika cincin dipakai di jari lain, ada mesej tertentu yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, jika cincin dipakai di jari telunjuk itu menunjukkan ianya untuk keahlian mana-mana pertubuhan atau gerakan. Cincin jenis ini biasanya ada logo pertubuhan. Begitu juga bila cincin dipakai di jari kelingking, pemakai mahu menghantar mesej peribadi kepada orang yang melihat.

trendymods

3. Pakai Cincin dengan Saiz Yang Betul

Ini mudah. Jika jari anda kecil, maka saiz cincin juga kecil. Begitulah sebaliknya jika jari pemakai besar, maka saiz, ketebalan dan batu cincin juga besar. Ini adalah untuk menjaga keseimbangan dalam penampilan.

Pinterest

4. Seimbangkan Cincin dan Aksesori Lain di Kedua-Dua Belah Tangan

Jika anda memakai jam tangan, cincin dan aksesori lain, tidak perlu letak semuanya di sebelah tanagan. Nampak sarat dan semak. Sebaliknya seimbang di kedua belah tangan. Jam dan cincin di tangan kiri. Manakala gelang di tangan kanan. Lihat pada keselesaan anda.

bestjewellery

5. Padankan Cincin dengan Jam

Ini bermaksud jika anda memakai cincin besi, maka padanan yang baik adalah jam besi. Jika cincinnya emas maka jam emas adalah yang paling baik. Ini tidak bermaksud warna. Sebaliknya padanan ini adalah padanan bahan cincin dan jam. Sebagai contoh, besi atau emas.

boysinspiration

Saya percaya cincin juga dipakai mengikut personaliti. Jika anda berpesonaliti garang dan tegas maka cincin juga kan ikut ‘garang’ dan ‘tegas’ Bahan membuat cincin, batu besar dengan warna garang dan mungkin juga corak ukiran pada cincin juga akan ikut ‘garang’

Selamat bergaya!

Baca : 5 Sebab Mengapa Suami Menipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *