5 Tindakan Yang Boleh Diambil Untuk Meningkatkan Kegembiraan

5 Tindakan Yang Boleh Diambil Untuk Meningkatkan KegembiraanSumber gambar: stylecraze.com

Pernahkah anda mendapati bahawa sesetengah orang kelihatan gembira pada setiap masa, manakala yang lain seolah-olah wujud di bawah awan hitam?

Kegembiraan bukanlah sesuatu yang berlaku kepada kita atau sesuatu yang kita dilahirkan dengannya.

“Kebahagiaan adalah satu pilihan yang kita buat”, kata Sonja Lyubomirsky, penulis buku The How of Happiness dan The Myths of Happiness.

Kegembiraan adalah salah satu perkataan yang tidak mempunyai definisi yang tepat. Ia bermaksud perkara yang berbeza bagi orang yang berbeza.

Walaupun begitu, setiap dari kita inginkan kegembiraan dalam hidup.

Berikut adalah beberapa teknik yang boleh mendatangkan kegembiraan dalam hidup anda:

1. Semak pemikiran anda

Sumber gambar: thrive.how

Fikiran negatif membawa kepada perasaan yang negatif.

Kesemua negativiti ini boleh merompak semua tenaga anda yang sepatutnya ditumpukan kepada aspek yang lebih positif dalam hidup anda, mencuri masa yang berharga dan menghalang pemikiran yang kreatif.

Di samping itu, overthinking pada situasi negatif juga boleh membawa kepada perlakuan overacting.

“Pemikiran positif adalah satu sifat mental yang menghasilkan keputusan yang memberangsangkan”, kata Darshan Goswami, M.S., P.E.

“Pemikiran positif adalah kemahiran yang boleh dipelajari untuk mencipta kegembiraan. Berhenti terus berdrama atau overacting dan tumpukan diri anda pada pemikiran yang lebih positif.”

Setiap kali anda mendapati diri anda berfikiran negatif, ketepikan pemikiran tersebut dan carilah sesuatu yang boleh membantu anda untuk jadi lebih positif.

2. Buat jurnal penghargaan atau pencapaian yang terbaik

Sumber gambar: ourbodybook.com

Oprah Winfrey berkata, “Selama bertahun-tahun saya merasai kuasa dan kesenangan kerana rasa syukur,” dan kemudian beliau mendedahkan lima perkara yang mana beliau hargai setiap hari.

Oleh kerana beliau semakin berjaya, beliau mula sedar bahawa walaupun kekayaan, harta benda dan tanggungjawabnya telah meningkat, tetapi kegembiraannya masih pada tahap yang sama.

Beliau tidak lagi merasakan kegembiraan pada saat-saat yang indah. Kemudian beliau kembali kepada penulisannya dan kini setiap kali beliau melalui peristiwa yang menggembirakan ianya akan dicatatkan dalm jurnalnya.

“Saya amat pasti bahawa jika anda menghargai setiap perkara yang muncul untuk anda dalam kehidupan, ia akan merubah getaran peribadi anda,” tulisnya dalam Oprah Magazine.

Tuliskan lima perkara setiap hari yang anda hargai.

3. Lakukan pelbagai kebaikan

Sumber gambar: goodnet.org

Jadikan ia satu titik untuk melakukan kebaikan setiap hari.

Ianya boleh menjadi semudah menahan pintu, belanja minum kopi, membantu rakan sekerja mengangkat kotak atau mengatakan “terima kasih” kepada orang yang membantu anda.

Perbuatan yang mudah ini bukan sahaja menceriakan hari orang lain, malah ia juga menerangi hari anda.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Happiness Studies, para penyelidik mendapati bahawa seseorang menjadi lebih gembira apabila mengenangkan saat mereka membelikan sesuatu untuk orang lain.

Penulis utama kajian tersebut, Lara Aknin, melaporkan bahawa apabila anda berasa gembira di atas satu kebaikan yang anda lakukan, anda akan merasa terdorong untuk melakukannya lagi.

4. Dapatkan latihan fizikal

Sumber gambar: indianexpress.com

Latihan atau senaman boleh membuatkan kita berasa lebih baik, kelihatan cergas dan melenakan tidur dengan melepaskan dopamin ke dalam otak, mengurangkan tekanan dan kebimbangan serta meningkatkan tenaga.

Aktiviti fizikal juga boleh meningkatkan kegembiraan dan mengurangkan kemurungan, menurut laporan sebuah kajian oleh Human Kinetics Journals.

Malah senaman sederhana yang dilakukan tiga kali seminggu selama 30 minit boleh memberi kesan major terhadap kebahagiaan seseorang, menurut sebuah petikan kajian yang lain.

Jadi bangunlah dan segera bergerak untuk merangsang minda anda dan mengubah pola kehidupan.

Mulakan dengan berjalan kaki selama 30 minit tiga kali seminggu.

5. Sukarela

Sumber gambar: the-peak.ca

Ambil berat terhadap orang lain dan kurangkan mementingkan diri sendiri.

Aktiviti sukarela menawarkan suatu bantuan yang penting kepada orang yang memerlukan tetapi manfaatnya boleh menjadi lebih besar anda sebagai sukarelawan.

Aktiviti sukarela dan membantu orang lain boleh mengurangkan tekanan anda, kemurungan, membuatkan mental anda sentiasa teransang dan membentuk sifat keprihatinan.

Walaupun ada benarnya bahawa lebih banyak anda terlibat dengan aktiviti sukarela, lebih banyak faedah yang anda akan dapat, tetapi aktiviti sukarela tidak memerlukan komitmen untuk jangka masa yang panjang.

Meluangkan sedikit saja masa anda untuk membantu orang lain yang memerlukan boleh meningkatkan tahap kesihatan dan kegembiraan anda.

Tiada ramuan magik yang boleh memberi kepuasan kepada diri anda, tetapi anda boleh mencipta keajaiban dalam kehidupan dengan langkah-langkah yang praktikal.

Jadi mengapa anda tidak bertindak sekarang?

 

Baca lagi: 4 Ramuan Herba Ini Akan Membantu Anda Berhenti Merokok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *