5 Tendangan Yang Paling Diingati Di Dalam Filem

Semalam, sedang viral satu video perselisihan faham yang berlaku di Malaysia yang melibatkan dua pihak yang berlainan fahaman. Apa yang menarik tentang video tersebut sehingga ia tersebar luas ialah apabila ada salah seorang ahli daripada salah satu pihak ini membuat flying kick terhadap ahli pihak yang lain.

Mujurlah serangan itu tidak menimbulkan sebarang pergaduhan dan pihak polis juga telah datang dan meleraikan insiden perselisihan faham tersebut. Kejadian ini, secara tidak langsung telah memberikan kami idea untuk menulis artikel ini.

Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 tendangan yang paling diingati yang anda boleh lihat dalam filem. Tendangan-tendangan ini dipilih berdasarkan kemampuannya untuk menundukkan musuh dan juga kerana ia tendangan yang paling diingati oleh para penonton.

tendangan yang paling diingati

#5. Tony Jaa (Tendangan Tepat Di Muka)

Anda boleh lihat gerakan tendangan ini dalam filem ‘Ong Bak’ yang pertama. Pada ketika itu, Tony Jaa yang memegang watak bernama Ting, telah terlibat dalam pertandingan seni mempertahankan diri underground. Semasa lawannya mahu menyerang, Ting telah memberikan satu tendangan pantas tepat ke muka lawannya dan lawannya terus tumbang tidak sedarkan diri. Serangan tersebut sangat pantas sehingga semua penonton di situ tergamam.

Baca lagi: Nama Watak-watak Dragon Ball Berasal Daripada Nama Makanan

ads-mens-grooming

bruce

#4. Bruce Lee (Tendangan Menghilang)

Adegan ini dapat dilihat dalam filem ‘Enter The Dragon’. Tendangan ini boleh dikatakan antara tendangan yang paling diingati oleh para peminat Bruce Lee. Ini kerana, tendangan tersebut sangat laju sehinggakan lawan Bruce Lee dilihat seperti hilang tiba-tiba. Jika diperhatikan betul-betul pada adegan tersebut, lawan Bruce Lee itu ditukar dengan patung untuk menunjukkan kesan betapa hebatnya tendangan Bruce Lee yang sangat kuat itu.

tendangan yang paling diingati

#3. Jet Li (Tendangan Terbang)

Dalam babak filem ‘Fist of Legend’ ini, Jet Li didatangi oleh seorang musuh di pusat latihan seni mempertahankan diri miliknya. Musuhnya memulakan serangan dengan berlari ke arah Jet Li dan melompat untuk memberikan buah pukulannya kepada Jet Li. Namun begitu, Jet Li dengan mudah telah menangkis serangan tersebut dengan membuat satu tendangan terbang yang membuatkan lawannya tercampak jauh.

ads-pomade_updated

tendangan yang paling diingati

Kredit foto: nydailynews.com

#2. Ralph Macchio (Tendangan Bangau)

Sebenarnya, tendangan ini adalah jenis front kick, tetapi ia telah diubahsuai sedikit dengan menambah gerakan seperti seekor burung bangau. Gerakan ini dapat dilihat dalam filem Karate Kid semasa Ralph Macchio sedang berdepan dengan musuhnya dalam keadaan sebelah kakinya yang cedera. Dengan mengangkat sebelah kakinya dan kedua-dua tangannya seperti sayap, ia telah mengumpan musuhnya untuk bergerak ke hadapan lalu satu tendangan diberikan tepat ke muka lawannya dan memberi kemenangan kepada Ralph.

tendangan yang paling diingati

Kredit foto: shortlist.com

#1. Carrie Ann Moss (Tendangan The Matrix)

Filem sains fiksyen ini juga meninggalkan satu memori yang diingati tentang tendangannya yang sangat popular iaitu tendangan ‘The Matrix’. Gerakan yang dibuat oleh Carrie Ann Moss di dalam filem ‘The Matrix’ ini adalah seakan-akan sama dengan gerakan tendangan bangau yang ada dalam filem ‘Karate Kid’. Cuma bezanya ialah, tendangan ini dibuat dalam keadaan Carrie sedang melompat. Apa yang menariknya ialah, semasa Carrie sedang melompat, kamera telah dipusingkan 360 darjah sebelum dia melepaskan tendangan kepada musuhnya.

Inilah dia 5 tendangan yang paling diingati yang boleh kita lihat dalam filem-filem yang pernah ditayangkan sebelum ini. Jika anda tidak bersetuju dengan pilihan yang kami buat ini, jangan risau. Anda boleh tinggalkan pendapat tentang tendangan-tendangan pilihan anda dalam ruangan komen di bawah. Kami sudi bertukar-tukar pendapat dengan anda.

Baca lagi: 5 Band Yang Pernah Mewarnai Scene Muzik Underground Malaysia Era 90an

Join us_New

1 Comment

  1. onlajer

    October 9, 2016 at 11:56 AM

    I say ingat super kick Shawn Michael Ada sekali dalam senarai…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *