5 Tagline Superstar WWE Yang Sentiasa Diingati Sampai Bila-Bila

WWE. World Wrestling Entertainment. Sesuai dengan perkataan ‘Entertainment’ atau dalam Bahasa Melayu, hiburan, maka sukan gusti dalam WWE bukan sekadar bergusti sahaja, ia juga perlu mempunyai elemen-elemen hiburan.

Seorang penggusti yang memasuki WWE bukan sahaja perlu mahir bergusti, malah dia haruslah mempunyai personaliti dan karakter yang menarik agar dapat menarik perhatian penonton semasa beraksi di gelanggang.

Para penggusti perlu menjadi kreatif dan inovatif untuk memastikan para penonton seronok melihat mereka beraksi dan salah satu cara untuk menarik perhatian penonton ialah dengan mempunyai tagline yang menarik.

Jadi, untuk artikel kali ini, kami sudah senaraikan 5 tagline yang paling menarik yang pernah diucapkan oleh penggusti-penggusti WWE. Jom kita lihat satu per satu.

Kredit foto: The Inquisitr

Kredit foto: The Inquisitr

#5. “Rest in peace.” – The Undertaker

The Undertaker boleh dikatakan sebagai ahli gusti yang paling menakutkan dalam WWE. Beliau bukan sahaja ditakuti oleh ahli gusti yang lain, malah para penonton juga turut merasa takut melihat karakter yang dibawa oleh beliau.

The Undertaker kerapkali menggunakan tagline “Rest in peace” di mana apabila beliau mengungkapkan ayat ini, ia akan menimbulkan kegerunan kepada ahli gusti yang bakal berlawan dengannya. Selain itu, penggunaan ayat ini juga bermaksud sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada lawannya.

Baca lagi: 5 Gerakan Submission Yang Paling Menyakitkan Dalam WWE

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: WWE

Kredit foto: WWE

#4. “The best there is, the best there was and the best there ever will be.” – Bret Hart

Bret Hart boleh dikatakan sebagai ahli gusti terbaik sepanjang zaman dalam WWE. Pada awal kariernya, Bret Hart senantiasa membicarakan bahawa beliau merupakan penggusti terbaik dan terhebat. Bret Hart juga adalah tonggak utama WWE sehinggakan beliau diiktiraf sebagai imej WWE itu sendiri.

Bret Hart mengungkapkan tagline “The best there is, the best there was and the best there will ever be” kerana beliau sentiasa beraksi dengan sangat baik di dalam gelanggang. Selain itu, karakternya yang menarik perhatian telah menyebabkan banyak peminat WWE menyukainya dan seterusnya membantu menaikkan rating WWE.

Kredit foto: Pinterest

Kredit foto: Pinterest

#3. “And that’s the bottom line.” – Stone Cold Steve Austin

Stone Cold mula menggunakan tagline ini apabila beliau selalu bertegang leher dengan pemilik WWE iaitu Vince McMahon. Stone Cold seringkali menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan yang dibuat oleh Vince.

Walaupun Vince adalah orang yang berautoriti di dalam WWE, Stone Cold tidak mempedulikan langsung posisi Vince. Malah, Stone Cold seolah-olah menunjukkan bahawa bos beliau adalah dirinya sendiri dan dari situlah datangnya ungkapan, “And that’s the bottom line, cause Stone Cold said so!”

ads-pomade_updated

Kredit foto: Sporting News

Kredit foto: Sporting News

#2. “To be the man, you’ve gotta beat the man.” – Ric Flair

Jika diikutkan, tagline Ric Flair yang paling popular ialah beliau menjerit “Woo!” apabila membuat chop ke dada lawannya di dalam gelanggang. Namun begitu, tagline “To be the man, you’ve gotta beat the man” dipilih sebagai tagline terbaik kerana ayat ini seperti memberi inspirasi yang cukup hebat.

Menurut Ric Flair, tagline ini diungkapkan untuk menunjukkan bahawa beliau adalah penggusti terbaik di dalam WWE. Jadi, jika ada penggusti lain yang mahu menjadi terbaik, maka mereka perlu mengalahkan yang terbaik dan sudah tentu yang terbaik itu ialah ‘The Nature Boy’ Ric Flair.

Kredit foto: Hollywood Life

Kredit foto: Hollywood Life

#1. “If you smell, what The Rock, is cooking.” – The Rock

The Rock bukan sahaja penggusti terbaik yang pernah ada dalam WWE, malah beliau juga adalah penggusti yang paling berkarisma dalam francais ini. Pada mulanya, The Rock bergusti dengan nama Rocky Maivia, tetapi tidak mendapat sambutan. Namun begitu, selepas menukar nama menjadi The Rock, beliau terus diangkat sebagai hero peminat-peminat WWE dan mendapat sambutan yang sangat hangat.

The Rock sebenarnya mempunyai banyak tagline yang beliau sering ucapkan di dalam WWE. Namun begitu, tagline beliau yang paling diingati sehingga kini ialah, “If you smell, what The Rock, is cooking.” Apa yang menarik tentang tagline ini ialah, ia akan diungkapkan dengan gaya yang cukup unik daripada The Rock dan biasanya diakhiri dengan keningnya yang terangkat sebelah. Macam Ziana Zain.

Adakah anda setuju dengan 5 tagline pilihan kami ini? Jika tidak, anda boleh tinggalkan tagline yang anda rasakan lebih baik di dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber: The Sportster

Baca lagi: 8 Pergaduhan Sebenar Yang Berlaku Dalam WWE. Tiada Skrip dan Bukan Lakonan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.