5 Tabiat Yang Boleh Diamalkan Untuk Buat Orang Suka Dan Tertarik Kepada Anda

Anda semestinya sering mendengar kata-kata bahawa untuk orang menyukai anda, anda haruslah mempunyai penampilan yang menarik. Berpakaian kemas, berwajah bersih dan sebagainya.

Tetapi, adakah penampilan menarik itu berguna jika perwatakan anda lemah dan tidak mampu menarik perhatian orang untuk menyukai anda?

Di sini, bukanlah kami nak menggalakkan anda untuk tidak berpenampilan menarik. Berpenampilan menarik itu penting, tetapi ia akan menjadi lengkap apabila anda mempunyai perwatakan yang menarik.

Jadi, untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tabiat yang boleh diamalkan untuk membuatkan orang-orang di sekeliling menyukai anda. Semakin rajin anda melatih diri mengikut 5 tabiat ini, anda pasti akan disukai oleh orang lain dalam masa yang singkat.

tabiat

Kredit foto: Reader’s Digest

#1. Aktifkan Dirimu

Maksud menjadi aktif di sinilah bukanlah bermakna anda perlu rajin bersenam ataupun bersukan, tetapi, anda harus menjadi ramah dan mesra secara aktif apabila dikelilingi oleh kelompok manusia supaya mereka akan menyukai anda.

Bekas presiden US iaitu Teddy Roosevelt adalah seorang yang aktif apabila bertemu dengan orang lain. Beliau akan melayan para tetamunya dengan begitu baik sekali dari awal sehingga beliau pulang. Teddy akan melayan tetamunya agar tetamunya rasa diri mereka begitu penting kepada beliau. Ini telah menyebabkan ramai orang menyukai sikap Teddy.

Jika anda bukan seorang yang ramah dan mesra apabila berada di keliling kelompok manusia, mungkin sudah tiba masanya untuk anda melatih diri menjadi begitu jika anda mahu orang lain menyukai anda.

Baca lagi: 3 Cara Bagaimana Mahu Berfikir Gaya Sherlock Holmes

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Inc.com

Kredit foto: Inc.com

#2. Pantas dan Ringkas

Menjadi pantas dan ringkas dalam apa saja perbuatan memberikan keselesaan kepada orang lain yang berada di sekeliling kita. Contohnya, apabila berbual dengan seseorang, jangan terlalu meleret. Cukuplah berbual sesuatu dengan pantas dan ringkas dan kemudian memberi peluang kepada orang lain untuk berkongsi ceritanya pula. Cara ini akan menyebabkan anda disukai oleh orang lain.

John H. Patterson, seorang peniaga arang pernah berkongsi bagaimana sikap pantas dan ringkasnya telah membantunya untuk mendapatkan pinjaman dengan mudah daripada pihak bank. Beliau masuk ke dalam bank dan terus meminta 500 US dolar daripada pengurus bank tanpa ada mukadimah. Pengurus terus menyuruh keraninya menyediakan cek untuk John malah turut memuji sikap John yang ‘straight to the point’.

Kredit foto: Questions Pedia

Kredit foto: Questions Pedia

#3. Ceria, Ceria, Ceria

Individu yang mempunyai daya penarik mestilah seorang yang ceria. Dia akan bercerita seseuatu yang menggembirakan dan bukannya masalah. Dia juga suka menjadi pendorong berbanding cuba menghalang impian seseorang. Selain itu, individu yang mempunyai daya penarik ini juga sering menunjukkan bahawa dia seorang yang berjaya dalam hidup dan bukan sedang alami kegagalan.

Seseorang yang mempunyai sikap sebegini rupa akan menyebabkan ramai orang menyukainya kerana orang seperti ini telah membuatkan mood seseorang menjadi lebih baik.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Huffington Post

Kredit foto: Huffington Post

#4. Lihat Pada Matanya

Untuk mewujudkan daya penarik dalam diri anda, apabila berbual dengan seseorang, anda mestilah melihat tepat pada matanya sebagai tanda anda meminati topik yang dibualkan oleh kenalan anda. Pandangan sebegini akan menyebabkan orang lain suka dan tertarik kepada anda kerana anda menunjukkan fokus yang baik dan minat kepada apa yang dibualkan olehnya.

Cuma, anda perlu berhati-hati apabila melihat seseorang. Jangan sampai ia menjadi pandangan seorang yang miang kerana itu akan membuatkan orang lain menjadi tidak selesa dan tidak menyukai anda. Selain daripada itu, elakkan juga memandang-mandang tempat lain apabila berbual dengan seseorang kerana ini menunjukkan anda tidak fokus dengan orang yang ada di depan anda.

Kredit foto: Robert Half

Kredit foto: Robert Half

#5. Menjadi Berani

Menjadi berani juga adalah salah satu ciri untuk memiliki daya penarik dalam diri anda. Berani di sini bermaksud anda sanggup menegakkan apa yang benar dan menentang apa yang salah. Anda harus luahkan dengan penuh tegas apa yang anda rasakan tidak betul jika ia boleh menjejaskan orang lain atau sesuatu perkara.

Ramai orang yang sebenarnya tidak mempunyai sikap sebegini, jadi, jika anda mampu tonjolkan sikap ini, anda akan dihormati dan disegani oleh orang lain kerana berani membetulkan apa yang salah.

Contohnya, berbanding anda merekod kesalahan orang lain dan memviralkannya di internet, adalah lebih baik anda menjadi berani dengan menegur kesalahan orang tersebut. Anda dan orang sekeliling akan mendapat kesedaran hasil teguran tersebut dan tidak membuka aib orang lain.

Adakah anda rasa 5 tabiat ini cukup untuk menjadikan orang menyukai anda? Jika tidak cukup, kami galakkan anda untuk tambah lagi dalam ruangan komen di bawah ye.

Sumber daripada buku ‘The Technique of Building Personal Leadership’.

Baca lagi: 5 Tip Untuk Menjadi Bodyguard dan Melindungi Keluarga Anda

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *