5 Syurga Buat Penggemar Buku Yang Berada Di Sekitar Kuala Lumpur

Pembaca blog sekalian tentu ada di kalangan anda yang merupakan penggemar buku juga kan? Tidak kira samada novel mahupun bahan bacaan ilmiah tentu sekali anda gemar mengisi masa lapang anda dengan membaca buku-buku yang anda gemari bukan.

Namun kebanyakan daripada anda tentu tidak mempunyai masa yang terluang untuk pergi mencari kedai-kedai buku terdekat untuk mendapatkan buku-buku kegemaran anda dan sebaliknya ramai juga yang mengadu kawasan mereka tidak menjual buku yang mereka gemari.

Jadi apa kita kita semak secara santai beberapa kedai buku terkemuka kawasan Lembah Klang ini yang boleh menjadi syurga buat penggemar buku-buku sekalian.

Gambar hiasan: From Japan

1. Kinokuniya Bookstore

Bertempat di aras paling atas kompleks beli-belah terkemuka Kuala Lumpur iaitu Suria KLCC, kedai buku ini merupakan antara kedai buku yang paling terkemuka kerana menjual pelbagai jenis buku samada terbitan tempatan mahupun antarabangsa. Harganya juga agak berpatutan kerana mereka sering mengadakan diskaun pada tempoh waktu tertentu.

Gambar hiasan: Evacomics Blog

2. MPH Bookstores

Jika anda inginkan kedai buku yang menjual buku dengan harga yang sangat berpatutan maka lawatan ke MPH Bookstores sememangnya tidak akan mengecewakan anda. Cawangan terbesarnya di 1 Utama memberikan kepada anda dengan lebih banyak pilihan dan tawaran serta terdapat juga ruangan untuk kanak-kanak.

Gambar hiasan: Blogger

3. Border Bookstore

Kedua-dua cawangannya yang berada Di Times Square dan The Curve menawarkan pelbagai pilihan buku-buku terbitan dalam dan luar negara serta terdapat juga buku-buku contoh yang mana anda boleh membaca dahulu sebelum anda membuat pilihan untuk membelinya selepas itu. Suasananya juga cukup sesuai untuk penggemar buku.

Gambar hiasan: Yelp

4. Times Bookstores

Walaupun kedai buku ini tidaklah begitu sarat dengan pelbagai pilihan namun ia masih mampu untuk menawarkan pengunjung dengan pelbagai tawaran seperti kad keahlian dan juga hari khas untuk ahli. Buku-buku yang dipamerkan juga adalah antara buku-buku yang terlaris jualannya di sekitar Malaysia.

Gambar hiasan: Travel Blog

5. Popular Bookstores

Kepada penggemar buku-buku terbitan dalam negeri seperti kebanyakan novel-novel cinta yang telah diadaptasi ke drama yang pernah ditayangkan di televisyen, di sini adalah tempat yang sepatutnya anda berada. Kebanyakan novel Melayu dijual dengan harga yang sangat murah beserta diskaun menarik.

Baca lagi: 4 Bukti Menunjukkan Masa Lalu Akan Terus Menghantui Hidup Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *