5 Syarikat Permainan Video Terbesar Dunia

Sumber gambar: Nerd Infinite

#5 Activision Blizzard

Syarikat Activision Blizzard ditubuhkan apabila Activision bergabung dengan Vivendi Games. Gabungan ini membawa kepada penyatuan sumber dan lahirnya franchais yang paling berjaya dalam dunia permainan. ‘Call of Duty’ yang terkenal adalah milik syarikat ini. Mereka adalah disebalik WOW yang membuat keseluruhan transformasi bagi MMORPG. Syarkat ini bernilai $4.85 bilion.

 

Sumber gambar: sonicthehedgehog

#4 Sega

Sega merupakan salah satu daripada syarikat permainan video yang paling bersejarah. Di saat kegemilangannya dahulu, Sega membangunkan banyak permainan yang terkenal. ‘Sonic The Hedgehog’ milik Sega kekal sebagai salah satu daripada watak permainan yang disukai sepanjang zaman. Syarikat ini bernilai $4.9 bilion.

 

 

 

Sumber gambar: Nintendo UK

#3 Nintendo

Nintendo bukan sahaja membangunkan permainan sendiri malah mereka turut melahirkan konsol untuk syarikat lain menghasilkan permainan mereka. Nintendo telah melakukan segalanya daripada bermain kad, hotel dan permainan video dalam 125 tahun pembabitan. ‘Mario’ yang pertama kali dicipta kekal sebagai permainan paling popular dunia di antara semua permainan.

 

Sumber gambar: GamesRadar

#2 Microsoft Studios

Microsoft memasuki dunia ‘gaming’ dengan penyatuan bersama Xbox yang menjadi salah satu daripada pelaburan terbesar oleh Microsoft. Mereka telah menjual lebih daripada 110 juta unit Xbox, dan yang paling terkenal ialah siri Halo. Sebagai salah satu franchais terbaik, pelaburan ini sahaja meraih $3.4 bilion untuk Microsoft. Siri Halo masih merupakan hasil tangkapan terbaik dalam memiliki sebuah Xbox.

 

Sumber gambar: PS Vita Hub

#1 Sony

Sony telah melahirkan konsol terbaik dalam sejarah PS2 dan berjaya menjual konsol yang mereka miliki lebih daripada 400 juta unit. Populariti konsol Sony bukan sahaja membuatkan permainan mudah diakses seluruh dunia malah meningkatkan persaingan untuk mebangunkan konsol yang lebih baik. Di antara hit terbaik Sony ialah God of War dan siri Gran Turismo. Sony bernilai $13.4 bilion, menjadikan mereka sebagai raja dalam industri permainan video.

Baca lagi: Nhaveen, Remaja Mangsa Buli Meninggal Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.