5 Superhero Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar

Selepas Batman dan Superman, kini muncul wira-wira baru yang mengambil alih pusat perhatian ramai. Menggelar mereka sebagai ‘baru‘ boleh menyinggung perasaan pencinta komik, kerana watak-watak ini telah muncul dalam buku-buku komik sejak tahun 70-an lagi. Ianya adalah kita yang tidak cakna sepenuhnya dengan dunia Marvel dan DC, yang tahu mengenai kewujudan mereka apabila filem atau siri TV dibuat tentang mereka.

Berikut adalah lima wira-wira itu yang kini menjadi perbualan hangat di bandar-bandar:

1. Iron Fist

5 Superhero Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Dengar

Sumber gambar: blastr.com

Iron Fist mula membuat penampilan sulungnya dalam Marvel Premiere # 15 pada Mei 1974. Danny Rand atau The Iron Fist mendapat kuasa luar biasa dalam genggamannya apabila beliau menyeru dan fokus pada ‘chi’ beliau. Finn Jones memainkan peranan Iron Fist dalam siri Netflix baru The Iron Fist yang ditayangkan baru-baru ini. The Iron Fist juga akan membuat kemunculan dalam filemm yang dinanti-nantikan iaitu Marvel’s Defenders.

2. Luke Cage

Sumber gambar: esquire.com

Dikenali sebagai seorang superhero berkulit hitam yang pertama, Luke Cage juga mempunyai siri tersendiri yang ditayangkan pada 2016 di Netflix. Kuasa-kuasa beliau adalah seperti kekuatan manusia yang luar biasa dan kulit yang kebal. Cage telah dsenaraikan dalam barisan pasukan Avengers yang baru. Mike Colter memainkan watak Luke Cage dalam siri ini dan juga dalam Jessica Jones.

3. Jessica Jones

Sumber gambar: deadline.com

Jessica Jones dikenali sebagai misteri kerana kebolehannya memerangi musuh dengan kuasa lembu jantan dan mengintip penjenayah melalui kemahiran penyiasatannya. Hero ini membuat debutnya dalam komik Alias ​​pada tahun 2001. Bagaimanapun Netflix memutuskan untuk membuat siri yang berasingan di mana Krysten Ritter sebagai protagonis pada tahun 2015.

4. Aquaman

Sumber gambar: Youtube

Penggemar komik pastinya mengenali Aquaman. Tetapi orang ramai telah diperkenalkan kepada superhero ini apabila Khal Drogo dari Game of Thrones telah diambil untuk menjadi Aquaman untuk filem DC yang akan datang pada 2018 dengan nama yang sama. Ahli Justice League of America, Aquaman mempunyai kuasa mengawal lautan dengan kekuatan dan kelajuan yang luar biasa.

5. Squirrel Girl

Sumber gambar: comicbook.com

Seperti namanya, superhero ini adalah tangkas seperti tupai dan kuasa beliau menjadi berguna semasa berlawan dengan samseng atau penjenayah. Hero ini membuat penampilan pertamanya pada tahun 1992. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Anna Kendrick atau Alyson Hannigan mungkin antara yang dipertimbangkan untuk watak ini dalam filem Marvel yang akan datang.

 

Baca lagi: 5 Tempat Paling Berhantu Di Dunia Yang Meremangkan Bulu Roma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *