5 Siri Kartun Yang Kanak-Kanak Tidak Boleh Miss Ketika Kecil

Mengimbau kembali ke zaman kanak-kanak anda tentu ia akan membawakan kembali nostalgia ketika kecil terutamanya berkenaan kartun-kartun yang anda tidak pernah ketinggalan semenjak anda kecil lagi.

Begitu juga dengan orang lain di luar sana tidak kira apa pun usia mereka tentu mereka tidak dapat lari daripada zaman kanak-kanak mereka yang sering dihiasi dengan kartun-kartun kegemaran seperti Pink Panther dan Looney Tunes.

Berikut merupakan senarai kartun-kartun yang tidak boleh kanak-kanak miss ketika mereka masih kecil dan anda juga tentu menyukainya.

Gambar hiasan: Youtube

1. Mickey Mouse and friends

Pengaruh terbesar dan merupakan ikon terkenal keluaran syarikat Disney, merupakan antara watak kartun terawal yang memiliki peminat mereka yang tersendiri. Siapa yang tidak kenal dengan watak selamba Mickey yang sering tersepit diantara masalah bersama kedua-dua rakannya iaitu Donald Duck dan Goofy.

Gambar hiasan: Hulu

2. Pink Panther

Kelibat kartun bewarna merah jambu ini begitu sukar untuk dilupakan kerana telatahnya yang cukup mencuit hati dan unik. Bukan sahaja kartun itu sendiri begitu unik malah plot cerita yang dipersembahkan juga bagaikan menggeletek kita agar turut sama tertawa dengan gelagat mereka.

Gambar hiasan: Youtube

3. Road Runner

Kalau anda sudah mulai lupa mesti anda masih lagi ingat perbalahan antara sang serigala dan burung kasawari di dalam kartun Road Runner ini. Kartun yang cukup membuatkan kita sering tertawa sendirian hingga tidak kering gusi ini kadangkala memiliki ironi yang menarik. Serigala seringkali menjadi yang tidak bernasib baik.

Gambar hiasan: Youtube

4. Looney Tunes

Siapa yang boleh lupa pada gelagat kucing yang sering didatangi masalah setiap kali ia cuba untuk menangkap burung kecil yang berada di dalam sangkar. Burung ini pula adalah kesayangan tuan rumah dan ini menyukarkan lagi usaha si kucing tersebut untuk menangkap burung tersebut.

Gambar hiasan: Cartoon Bros

5. Tom and Jerry

Merupakan antara kartun paling popular sekitar 80-an yang mengisahkan tentang kucing Tom dan si tikus Jerry and sering berseteru dan menjadikan adegan kejar-mengejar mereka begitu menarik sekali. Malah kerana populariti yang dikecapi oleh kartun ini terdapat juga sekuel yang melibatkan anak-anak mereka.

Baca lagi: 5 Selebriti Hollywood Yang Sangat Bermurah Hati Menderma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *