5 ‘Signature Move’ Atlit WWE Yang Paling Popular

Jika anda adalah peminat World Wrestling Entertainment ataupun WWE, pasti anda menyukai beberapa gerakan yang dilakukan oleh ahli gusti yang anda minati, terutama sekali signature move ahli gusti tersebut.

Apabila ahli gusti tersebut melakukan signature move terhadap lawannya, anda pasti akan berasa sangat teruja kerana dapat menyaksikan ahli gusti itu membuat signature move dengan sempurna dan seterusnya memenangi perlawanannya.

Kami di Mensive telah membuat 5 pilihan tentang signature move yang dilakukan oleh para atlit di WWE. Bagi kami, signature move yang dilakukan oleh ahli gusti terpilih ini boleh dikatakan yang paling popular dan sentiasa diingati oleh para peminat WWE.

Tanpa membuang masa, jom kita tengok siapakah 5 ahli gusti ini dan apakah signature move yang dilakukan oleh mereka semasa berlawan.

signature move

Kredit foto: wallsofjerichoholic.blogspot.com

Stone Cold Stunner

Signature move ini dilakukan oleh ahli gusti yang popular dengan gelaran ‘Rattlesnake’ iaitu Stone Cold Steve Austin.

Gerakan ini bermula dengan Steve Austin akan menendang perut lawannya agar lawannya sedikit bongkok.

Selepas itu Austin akan memaut kepala lawannya dalam keadaan Austin membelakangkan lawannya dan Austin akan menjatuhkan badannya dalam posisi duduk dengan kaki lurus ke depan.

Gerakan ini akan menyebabkan kepala lawan terhentak dengan bahu Austin dan boleh menyebabkan sesiapa saja jadi separa pengsan lalu memberikan kemenangan kepada Stone Cold Steve Austin.

signature move

Kredit foto: foxsports.com

Rock Bottom

Gerakan ini dilakukan oleh ahli gusti yang kini sangat popular dalam dunia lakonan iaitu Dwayne ‘The Rock’ Johnson.

Rock Bottom adalah satu gerakan di mana The Rock akan saling berdepan dengan lawannya. Kemudian The Rock akan meletakkan tangan lawannya di belakang leher dan di atas bahunya. Tangan kanannya pula akan didepangkan lalu memaut bahu kanan lawannya.

Selepas itu The Rock akan mengangkat badan lawannya lalu dihempas ke atas gelanggang. Hentakan itu pasti membuatkan lawannya mengerang kesakitan dan tidak mahu bangun semula.

signature move

Kredit foto: shitloadsofwrestling.tumblr.com

619

Signature move ini pula adalah milik ahli gusti yang rendah badannya iaitu Rey Mysterio Jr.

Gerakan ini sesuai dengan Rey yang mempunyai gerakan yang sangat lincah dan badan yang ringan.

Gerakan ini bermula dengan Rey akan menjatuhkan lawannya di atas tali gelanggang di mana kepala lawannya mesti betul-betul terletak pada tali.

Kemudian, Rey akan berlari ke belakang dan memantulkan badannya ke tali dan kemudian meluru semula ke musuhnya. Rey akan memasukkan badannya di celah tali sambil berpusing dan seterusnya menendang kepala lawannya yang tersangkut tadi.

Kesan tendangan itu pasti menyebabkan lawan Rey terasa pening-pening dan sakit sehingga memudahkan kemenangan Rey.

signature move

Kredit foto: hdwallpapersfreedownload.com

The Pedigree

Bagi gerakan ini, ia adalah signature move Triple H. Gerakan ini sangat popular di kalangan para peminat WWE.

Triple H yang juga menantu kepada pemilik WWE iaitu Steve McMahon akan memulakan gerakan ini dengan menyepak perut lawannya.

Ini membuatkan lawannya terbongkok dan Triple H akan mengepit kepala lawannya menggunakan kedua-dua  belah pehanya. Kemudian Triple H akan mengunci tangan lawannya agar tidak boleh bergerak.

Selepas itu, Triple H akan melompat sambil kepala lawannya masih dikepit pada pehanya dan seterusnya menghentak kepala lawan di atas gelanggang.

Bila dah terkepit sebegitu rupa, biasanya kemenangan akan berpihak kepada Triple H.

signature move

Kredit foto: wrestlingmedia.org

Sweet Chin Music

Shawn Michaels ataupun popular dengan gelaran ‘Heart Break Kid’ turut mempunyai gerakan yang cukup hebat dan bergaya.

Sweet Chin Music bermula saat lawan berada dalam keadaan separa sedar dan berasa pening-pening. Pada ketika itu Shawn Michaels akan berada di penjuru gelanggang.

Michaels akan menghentak-hentakkan kakinya di penjuru itu sambil lawannya terhoyong-hayang dan mencuba untuk berdiri stabil.

Apabila Michaels nampak peluang yang ditunggu-tunggu, dari penjuru, beliau akan meluru ke lawannya dan menendang tepat di bawah dagu. Tendangan itu pasti membuatkan lawannya tidak mampu bangkit semula.

Inilah dia antara 5 signature move pilihan kami di Mensive. Maaf andainya kami tidak meletakkan signature move ahli gusti kegemaran anda di dalam senarai ini.

Walaubagaimanapun, anda boleh tinggalkan nama ahli gusti dan signature move kegemaran anda di dalam ruangan komen di bawah. Kami berminat untuk tahu siapakah ahli gusti kegemaran anda dan juga gerakannya.

Baca lagi: 4 Bukti Bahawa WWE Bukan Lakonan Semata-mata

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *