5 Sebab Mengapa WWE Masih Ditonton Walaupun Sudah Tahu Ia Sekadar Lakonan

mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan

Kredit foto: astrofavilla.devianart.com

World Wrestling Entertainment ataupun lebih dikenali dengan singkatan WWE adalah sejenis sukan yang memaparkan seni mempertahankan diri gusti yang mempunyai peminat di seluruh dunia. WWE sudah bermula sejak tahun 1980, tetapi pada ketika itu ia dikenali sebagai Titan Sports, kemudian ia berubah menjadi World Wrestling Federation (WWF) sebelum diubah menjadi seperti nama sekarang.

Dalam sukan WWE ini kita akan dipertontonkan dengan aksi pergaduhan antara dua individu, ataupun secara berpasangan ataupun ia boleh jadi pergaduhan secara beramai-ramai. Sebenarnya, ramai sudah tahu bahawa aksi pergaduhan yang ditunjukkan oleh atlit WWE ini adalah lakonan semata-mata. Semuanya sudah dirancang awal sebelum ditayangkan kepada orang ramai. Tetapi, mengapa masih ada yang menonton WWE walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan?

Jadi, untuk hari ini kami ingin berkongsi 5 sebab mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan.

mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan

Kredit foto: gwf.forumcommunity.com

Pergerakan Yang Menarik

Ramai yang masih suka menonton WWE adalah kerana atlit-atlitnya gemar membuat aksi-aksi yang menarik di mana setiap aksi ini mempunyai namanya yang tersendiri. Contohnya seperti suplex, DDT, clothesline from hell, chokeslam dan macam-macam lagi gerakan yang menyebabkan orang ramai masih berminat untuk menonton sukan ini.

mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan

Kredit foto: trueblogging.in

Sebuah Drama Lengkap

Apa sahaja yang anda mahukan dalam sebuah drama, anda boleh dapati ia dalam WWE. Anda mahukan cinta? WWE ada adegan ini. Anda mahukan kisah persahabatan? WWE ada adegan ini. Anda mahukan sesuatu yang humor? WWE ada adegan ini. Anda juga boleh melihat kisah-kisah dikhianati, dicurangi, dikecewakan dan macam-macam lagi yang dipertontonkan dalam sukan WWE ini.

mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan

Kredit foto: thecomeback.com

Penuh Dengan Kejutan

Dalam WWE juga akan mendapat kejutan dan kejadian yang tidak disangka-sangka. Pada saat-saat anda merasakan situasi A akan berlaku, pada ketika itulah ia berubah menjadi situasi B. Elemen-elemen kejutan inilah yang menyebabkan para peminat semakin teruja untuk mengikuti jalan cerita di dalam WWE ini. Pembuat jalan cerita WWE ini adalah seorang yang sangat kreatif kerana mereka sentiasa ada cara untuk menarik perhatian para peminat.

 mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan

Kredit foto: kayfabenews.com

Ganas Tetapi Seronok

Dengan menonton aksi-aksi WWE, anda dapat melihat sesuatu yang ganas tetapi tidak menakutkan. Malah, ia sebenarnya menyebabkan adrenalin seronok anda bertambah laju. Antara aksi ganas yang anda boleh lihat ialah menghentak lawan di atas meja pengulas, melompat ke arah lawan dari tangga yang tinggi, memukul lawan menggunakan sledgehammer ataupun menghentak kepala lawan menggunakan tong sampah besi. Ouch!

 mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan

Kredit foto: rapdose.com

Legend Buat Comeback

Kadangkala, ini juga boleh menjadi punca mengapa masih ada yang mahu menonton WWE apabila pihak penganjur memanggil semula lagenda-lagenda WWE untuk beraksi. Ini akan menambahkan lagi rasa teruja dalam diri mereka. Contoh lagenda WWE yang kini sangat popular dalam dunia lakonan ialah Dwayne ‘The Rock’ Johnson. Dua gerakan beliau sememangnya diingati peminat iaitu The Rock Bottom dan juga People Elbow menyebabkan para peminat mahu melihat ia dilakukan terhadap lawannya di dalam gelanggang.

Inilah 5 sebab mengapa WWE masih ditonton walaupun sudah tahu ia sekadar lakonan. Harap-harap selepas ini jika anda bertemu dengan kawan anda yang suka tonton WWE, janganlah marah kepadanya, kerana anda sudah pun tahu sebab musababnya mengapa dia meminati sukan ini. Anda pula bagaimana, rasa berminat tak nak tengok WWE lepas baca artikel ini? Berikanlah pendapat anda untuk perkongsian bersama.

Join us_New

1 Comment

  1. amer

    August 24, 2016 at 7:08 PM

    Saya suka stone cold Steve Austin. Sekali kene stone cold seminggu tak boleh cakap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *