5 Sebab Mengapa Anda Perlukan Hobi

Mungkin kebanyakan daripada anda sudahpun memiliki hobi. Contohnya hobi anda ialah bermain futsal, badminton, video games, mengumpul setem, membaca buku, memasak dan sebagainya. Ada yang dikalangan anda sudah miliki hobi sejak dari kecil lagi.

Walaubagaimanapun, pasti ada segelintir daripada anda yang masih belum memiliki hobi. Pada waktu lapang, anda sering terasa kekosongan kerana tidak tahu untuk buat apa. Andainya anda ada hobi, pasti masa anda dapat diisi secara berfaedah. Ataupun, anda belum merasakan mengapa anda patut memiliki sesuatu hobi.

Baiklah, untuk hari ini, kami nak kongsikan 5 sebab mengapa anda memerlukan hobi. Kami berharap, di akhir pembacaan nanti, ia dapat membantu anda untuk mencari dan mempunyai satu hobi yang anda suka untuk lakukannya.

 

1. Menenangkan minda

1

Dengan memberikan fokus kepada hobi anda, ia dapat membantu membersihkan minda anda daripada perkara-perkara yang menyebabkan anda rasa serabut. Apabila anda melakukan hobi anda dengan bersungguh-sungguh, anda tidak akan punyai masa untuk fikirkan tentang perkara lain kerana tumpuan anda terarah kepada hobi anda sahaja. Sampai suatu ketika, anda tidak menyedari masa berlalu terlalu cepat kerana terlalu fokus kepada hobi anda.

 

2. Menjana kreativiti

2

Apabila anda memberikan tumpuan yang baik kepada hobi anda, ia mampu membantu anda berfikir secara kreatif. Sesuatu masalah akan dapat diselesaikan secara kreatif apabila seseorang itu dalam keadaan fokus dan melakukan hobi dapat membantu dalam hal ini. Sebenarnya, sewaktu melakukan hobi, ia membolehkan kita untuk melihat sesuatu pada perspektif yang lebih luas yang tidak pernah kita lihat sebelum ini dan seterusnya akan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 

3. Menambah kenalan baru

3

Jika hobi yang anda lakukan memerlukan orang lain untuk berinteraksi, maka anda boleh menambah kenalan baru sewaktu melakukan hobi itu. Contohnya hobi seperti mengumpul kereta-kereta ‘Hot Wheels’. Hobi ini memerlukan interaksi apabila anda mahu tahu tentang koleksi-koleksi kereta terbaru ataupun di mana untuk mendapatkan kereta-kereta ini pada harga yang murah. Jadi, secara tidak langsung, anda sudah mengenali orang lain dalam kumpulan hobi ini. Begitu juga pada hobi-hobi lain seperti bermain futsal, video games, memancing dan sebagainya. Pasti anda dapat mengenali lebih ramai orang baru.

mens grooming

4. Menghilangkan tekanan

4

Anda tertekan di tempat kerja? Tertekan dengan rakan-rakan? Rasa macam nak kurung diri dalam bilik dan tak mahu jumpa sesiapa? Oh jangan. Daripada berbuat begitu, baik lakukan hobi anda. Katalah hobi anda memancing, sewaktu memancing di tasik, dengan melihat alam sekitar yang indah, bunyi burung berkicauan, kocakan air tasik yang tenang, ia pasti mengembalikan ketenangan dan kebahagiaan kepada anda. Bukan kejayaan menangkap ikan objektifnya, tetapi sekadar mahu menghilangkan tekanan dan mendapatkan ketenangan. Apabila otak kita dipenuhi dengan perkara-perkara yang menyeronokkan, maka tiadalah ruang untuk diisi dengan masalah.

 

5. Menambah keyakinan

5

Andaikata anda tidak pernah memancing sebelum ini dan anda baru hendak memulakan hobi ini pertama kali. Apabila anda berjaya mendapat seekor ikan buat pertama kalinya, anda terasa seperti hendak beritahu satu kampung tentang kejayaan dan kegembiraan anda ini. Ini terjadi kerana anda sebelum ini anda berasa tidak yakin untuk lakukannya, tetapi apabila sudah berjaya, keyakinan anda tiba-tiba meningkat deras. Cabaran yang dihadapi sebelum berjaya telah membantu merangsang keyakinan anda.

 

*sumber gambar dari Google

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *