5 Sebab Mengapa Anda Harus Mula Blogging Hari Ini

5 Sebab Mengapa Anda Harus Mula Blogging Hari IniSumber gambar: regioblogs.com

Sepanjang kehidupan ini, pasti pelbagai hobi telah anda lakukan seperti permainan kad besbol, permainan video, tenis, seni dan lebih lagi.

Tetapi daripada kesemua itu adakah salah satu daripadanya telah mengubah hidup anda dan memberi kepuasan seperti mana yang anda boleh dapati dari blog?

Dan ketika terdapat banyak artikel yang ditulis mengenai mengapa anda perlu blogging untuk mengembangkan perniagaan anda atau menjadi seorang yang pakar atau membuat sejumlah besar wang, cadangan yang paling terbaik hadir adalah menerusi kesedaran peribadi anda sendiri bahawa blog boleh merubah anda menjadi seorang penulis.

Berikut adalah 5 sebab mengapa anda perlu bermula blogging dan bagaimana blogging boleh menebarkan impak ke dalam hidup anda:

1. Anda akan menjadi seorang penulis yang lebih baik

Sumber gambar: themuse.com

Pada terasnya, menulis adalah komunikasi. Ianya adalah seperti menulis suatu pemikiran di atas kertas dan menarik orang lain untuk bersetuju dengannya.

Untuk itu, penulisan dapat ditingkatkan hanya dengan latihan.

Blogging tidak memaksa anda untuk menjadi seorang penulis yang lebih baik, ia hanya akan berlaku apabila anda yang melakukannya.

Dengan menjadi seorang penulis yang lebih baik, ianya dapat memberi manfaat yang penting untuk kehidupan anda sama ada anda boleh terbitkan buku sendiri, pembentangan, resume atau kad ulang tahun untuk pasangan anda.

2. Anda akan menjadi pemikir yang lebih baik

Sumber gambar: blogzest.com

Jika proses penulisan adalah mengenai merekodkan fikiran di atas kertas, proses blogging pula menggalakkan anda untuk berfikir lebih mendalam.

Anda akan mempelajari lebih mendalam tentang perkara-perkara dalam hidup anda dan pandangan dunia yang membentuknya.

Malangnya, pada masa kini, ramai yang memilih untuk tidak blogging kerana alasannya adalah mereka tidak mempunyai apa-apa untuk ditulis.

Sebenarnya, anda bukannya langsung tiada apa-apa untuk ditulis, tapi ia bermaksud bahawa anda masih belum tahu apa yang hendak ditulis.

3. Anda akan menjalani kehidupan yang lebih bermotif

Sumber gambar: intentionallife

Sebaik sahaja anda mula menulis mengenai kehidupan anda dan pemikiran yang membentuknya, anda akan mula berfikir lebih mendalam tentang siapa diri anda dan persoalan sama ada anda suka apa yang anda lihat atau tidak.

Dan itu mungkin boleh menjadi alasan yang kukuh untuk anda mula blogging.

4. Anda akan bertemu kenalan baru

Sumber gambar: globalgarbs.com

Sama ada melalui komen, e-mel atau media sosial, anda mungkin akan terkejut betapa cepatnya anda berjumpa dengan rakan baru dalam talian.

Dan dengan bertemu kenalan baru, ia akan membentuk suatu hubungan baru yang memerlukan anda untuk bantu membantu satu sama lain.

Komuniti blog adalah sangat mesra, menggalakkan dan benar-benar menyokong untuk anda berjaya dalam mencapai matlamat anda.

5. Anda akan memberi inspirasi kepada orang lain

Sumber gambar: inspirational-backgrounds-hd

Blogging bukan sahaja mengubah hidup anda, malah ia juga mengubah kehidupan pembaca.

Dan memandangkan blog adalah percuma untuk ditonton atau dibaca dan terbuka kepada orang ramai di pelbagai peringkat, ia adalah suatu tindakan yang memberi manfaat.

Ia adalah suatu tindakan yang tidak mementingkan diri sendiri di mana anda perlu untuk melabur masa anda, tenaga dan pandangan dunia ke dalam sekeping coretan bertulis dan kemudiannya menawarkan secara percuma kepada sesiapa yang mahu membacanya.

Para pembaca akan dapat mencari inspirasi dalam penulisan anda dan itu adalah satu perkara yang boleh dibanggakan.

 

Baca lagi: 3 Buku Yang Patut Dibaca Oleh Lelaki Berjambang

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *