5 Sebab Mengapa Amir Khan Digelar Sebagai Mr. Perfectionist Bollywood

Disebabkan beliau bergelar Mr. Perfectionist Bollywood, kebanyakan filem-filem Aamir Khan sentiasa mendapat sambutan tidak kira sama ada di India, di Malaysia ataupun di seluruh dunia. Apakah yang menyebabkan pelakon Bollywood yang kini berusia 51 tahun ini dipanggil sebagai ‘Mr. Perfectionist’? Kami telah menyenaraikan 5 sebab mengapa gelaran ini diberi kepada Aamir Khan.

Kredit foto: NDTV.com

#1. Berjaya Membawa Filem India Ke Oscar

Melalui filem ‘Lagaan’, Aamir Khan berjaya meletakkan filem Bollywood sebaris dengan filem-filem antarabangsa yang lain apabila filem ini berjaya dicalonkan dalam anugerah Oscar iaitu sebuah anugerah perfileman yang sangat berprestij di dunia.

Kredit foto: actors.livetv.pk

#2. Tak Perlu Sasa Untuk Jadi Polis

Selalunya, apabila seseorang pelakon ingin membawa watak polis, maka dia perlu mengubah bentuk badannya menjadi sasa agar sesuai dengan watak polis yang dibawa. Namun begitu, bagi Aamir Khan, apa yang seorang polis perlukan ialah kejujuran, kerja keras dan keadilan. Anda boleh lakonan hebat Aamir Khan sebagai polis dalam filem ‘Sarfarosh’.

Baca lagi: Disleksia Bukan Satu Kelemahan: 5 Bintang Hollywood Ini Sudah Buktikan Sebaliknya

Kredit foto: India TV

#3. Bergelar Pengarah Yang Hebat Walaupun Baru Pertama Kali Mengarah

Filem pertama yang diarahkan oleh Aamir Khan ialah filem ‘Taare Zameen Par’. Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak disleksia yang sering diabaikan oleh keluarga dan kawan-kawan sehinggalah kemunculan seorang guru yang berjaya menemui bakat hebatnya dan berjaya mengatasi kelemahannya.

Filem ini menunjukkan bahawa Aamir Khan mempunyai kreativiti yang sangat hebat dalam dunia perfileman terutama dari segi pembuatan filem itu sendiri di samping berjaya menyuntik elemen emosi dengan sangat berkesan.

Kredit foto: India

#4. Boleh Berlakon Sebagai Remaja

Semasa filem ‘3 Idiots’ ditayangkan pada 2009, Aamir Khan sudah berusia 46 tahun ketika itu. Tetapi, dalam filem ini beliau berlakon sebagai seorang remaja dewasa yang berusia 20 tahun. Sememangnya, kedut-kedut di wajahnya dapat disorok dengan solekan, tetapi keupayaannya untuk membawa lenggok dan gaya bahasa seorang remaja lelaki adalah mengkagumkan.

Ini menunjukkan bahawa Aamir Khan membuat kajian bersungguh-sungguh tentang watak yang ingin dibawanya apatah lagi usia wataknya sebagai Rancho adalah 20 tahun lebih muda daripada usia sebenarnya.

Kredit foto: Sportskeeda

#5. Sangat Menghayati Watak Yang Dibawanya

Aamir Khan bukan sahaja menghayati watak yang dilakonkannya dari segi mental dan emosi, malah beliau turut berkorban masa dan tenaga untuk mengubah bentuk badannya supaya sesuai dengan watak yang dibawanya. Kita boleh lihat dalam filem ‘Ghajini’ di mana Aamir Khan telah berlatih untuk menaikkan otot-otot di badannya untuk menjayakan filem ini. Malah, dalam filem terbarunya, ‘Dangal’, Aamir Khan sekali lagi telah membina otot badannya selepas berusaha menaikkan berat badannya sehingga melebihi 100 kilogram.

Inilah antara sebab-sebab mengapa Aamir Khan dipanggil sebagai ‘Mr. Perfectionist’ Bollywood. Kesungguhannya dan dedikasi yang ditunjukkan semasa berlakon dan mengarah telah menyebabkan filem-filem beliau mempunyai kualiti yang sangat bagus sehinggakan ia begitu diminati bukan sahaja di India, malah serata dunia.

Baca lagi: Filem ‘Dangal’: Mahavir Singh Phogat dan Mesejnya Untuk Kaum Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.