5 Resepi Ringkas Yang Orang Lelaki Patut Boleh Masak

Jika dilihat secara global, boleh dikatakan kaum lelaki lah yang banyak mendominasi dunia masakan. Anda boleh lihat betapa ramainya chef yang sering keluar di televisyen ataupun di dalam internet jantinanya ialah lelaki.

Di Malaysia, chef lelaki yang terkenal adalah seperti Chef Wan, Chef Ismail, Chef Sherson Lian, Chef Adu dan ramai lagi. Jika di peringkat antarabangsa, antara chef lelaki yang popular ialah Chef Gordon Ramsey, Chef Jamie Oliver, Chef Michael Smith dan ramai lagi.

Namun begitu, walaupun golongan lelaki ini mendominasi dunia masakan, di rumah, kaum lelaki tetap mengharapkan air tangan seorang wanita untuk memasak makanan untuk mereka.

Tidak kira sama ada ibu ataupun isteri, golongan wanita ini menjadi harapan kaum lelaki untuk menjamu selera. Tetapi, bagaimana pula jika kaum ibu dan isteri ini tiada di rumah? Siapa yang nak masak untuk kaum lelaki ini?

Sebab itulah, kaum lelaki juga perlu pandai memasak. Bukanlah meminta untuk menjadi sehandal Chef Wan, tetapi cukuplah sekadar boleh memasak masakan-masakan menggunakan resepi ringkas dan mudah.

Sebab itulah untuk artikel kali ini, kami di Mensive ingin mencadangkan 5 resepi ringkas dan mudah yang boleh dipelajari oleh kaum lelaki untuk menyiapkan makanan andainya tiada ibu atau isteri di rumah.

resepi ringkas

Kredit foto: Qraved

#1. Nasi Goreng

Nasi goreng boleh dikatakan makanan yang mudah dan tidak renyah untuk di masak. Tambahan pula, anda tidak perlukan lauk tambahan untuk dimakan bersama nasi goreng kerana nasi goreng itu sendiri sudah sedap dimakan begitu sahaja.

Asalkan ada bawang putih, bawang merah, cili boh, sayur, ayam/ daging/ udang/ sotong, nasi dan diperasakan dengan kicap dan garam, walla, anda sudah boleh masak sepinggan nasi goreng. Cuma, hati-hati dengan sukatan garam, takut nasi anda terlalu masin.

Oh ye, pastikan cili boh anda dimasak hingga pecah minyak ya. Kalau tak, sakit perut pula nanti.

Baca lagi: 5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-Kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

ads-pomade_updated

resepi ringkas

Kredit foto: ProVide Network

#2. Daging Masak Kicap

Hidangan ini juga tidaklah sesusah mana untuk disediakan. Bahan-bahannya juga tidaklah terlalu leceh untuk disediakan. Namun begitu, bahan paling utama sudah tentulah kicap dan daging.

Hiris daging dan kemudian rebus dahulu. Selepas itu, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang sudah dihiris. Selepas naik bau, masukkan hirisan bawang besar dan kemudian tuang kicap. Selepas itu masukkan daging. Biar seketika sampai daging empuk.

Biasanya, garam tidak dimasukkan sebab penggunaan kicap untuk rasa masin juga sudah memadai.

resepi ringkas

Kredit foto: Vemale.com

#3. Sup Ayam/ Daging

Ramai menyangka mahu menyediakan sup adalah sukar. Sebenarnya, nak memasak sup adalah mudah sekali. Anda bukan nak masak sup yang ‘special’, tetapi anda hanya nak masak sup yang ‘simple’, sedap dan dapat disediakan dengan segera.

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah bawang putih, bawang merah, halia, kentang, lobak merah dan ayam/ daging. Hiris bawang putih, bawang merah,halia dan tumis ksemuanya. Kemudian masukkan serbuk sup. Selepas itu tumiskan ayam/ daging. Masukkan air, lobak merah dan kentang yang dipotong dadu.

Perasakan dengan garam dan biarkan sampai ayam/ daging empuk. Biasanya tak sampai 30 minit boleh siap masakan ini.

resepi ringkas

Kredit foto: Iswatie’s Blog

#4. Kacang Panjang Goreng Kicap

Tak lengkap pula masakan anda jika tiada sayur kan? Tiada sayur, tiadalah kualiti makanan seimbang pada menu anda. Jadi, di sini kami syorkan satu menu yang sangat mudah untuk disediakan.

Bahan-bahannya hanyalah bawang merah, bawang putih, sayur kacang panjang dan kicap. Tumis hirisan bawang merah dan putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan kacang panjang yang sudah dipotong pendek (lebih kurang seinci) dan tuang kicap secukup rasa. Goreng sampai sayur kacang panjang sedikit layu.

Untuk menu ini, 10 minit boleh selesai masak.

ads-beard-oil

resepi ringkas

Kredit foto: Resepi Nennie Khuzaifah

#5. Sardin

Ini paling senang nak masak. Tapi pastikan anda ada stok sardin di rumah ya. Sebenarnya, anda boleh saja terus tuang isi tin sardin dalam kuali dan tunggu sampai mendidih. Tapi, jika anda mahu sardin anda ada bau wangi, eloklah anda tumis dahulu dengan bawang merah dan bawang putih.

Kemudian, tuang semua isi sardin dalam tin dan tambahkan dengan sos cili. Anda boleh letak garam jika rasa sardin anda tidak berapa ‘kaw’. Meriahkan sedikit sardin anda dengan hirisan bawang besar dan juga cili merah. Barulah nampak macam ‘chef-chef’.

Jika anda perasan, kebanyakan bahan asas untuk memasak ini ialah bawang putih dan juga bawang merah. Dua bahan inilah yang sebenarnya menaikkan aroma dan menyedapkan masakan anda. Jadi, pastikan dua bahan ini sentiasa ada di rumah.

Kami berharap dengan resepi ringkas dan mudah ini dapat membantu anda untuk menyiapkan hidangan untuk anda makan dikala ibu dan isteri anda tiada di rumah. Jadi, tak perlulah nak nak membazir duit makan di luar. Di samping itu, dalam masa yang sama dapatlah anda tunjukkan kepada ibu dan isteri anda bahawa anda ni sebenarnya pandai memasak.

Jika anda rasakan ada resepi ringkas dan mudah, selain daripada yang disenaraikan ini, yang boleh dipelajari, tinggalkan resepi anda di ruangan komen di bawah ye. Mana tahu ia dapat membantu para pembaca yang lain menyiapkan masakan untuk diri mereka sendiri dan juga mungkin untuk keluarga.

Baca lagi: Bagaimana Mr. Bean Terhasil dan 4 Watak Penting Yang Buat Lawak Mr. Bean Menjadi

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.