5 Reka Bentuk Dekorasi Rumah Yang Tidak Ketinggalan Zaman

Jika anda jenis yang gemar untuk mengikuti gaya terkini, kediaman kontemporari adalah sesuatu yang sesuai untuk anda. Reka bentuk jelas, berani dan bergaya, serta penggunaan warna dan bentuk adalah merupakan perkara utama dalam kediaman kontemporari.

Ianya banyak sekali dipengaruhi oleh trend terkini, dan sentiasa berkembang untuk sentiasa kekal dalam perkara yang terkini. Kayu, dan juga pencahayaan yang menarik, digunakan untuk menghasilkan penampilan berkonsepkan kontemporari hari ini.

Lihat juga bagaimana kediaman-kediaman ini menunjukkan hasil usaha mereka yang boleh kita dapatkan ilham dalam gaya reka bentuk pada hari ini.

Gambar hiasan: Home Stratosphere

1. Warna Terang Sebalik Latar Gelap

Dengan latar belakang dinding gelap dan susunan yang kemas, letakkan warna terang seperti kerusi-kerusi yang berwarna garang. Perincian yang menarik seperti jubin bergeometri sebagai hiasan di dapur dapat menyempurnakan penampilan yang menunjukkan simbol pemodenan.

Gambar hiasan: Freshome

2. Peralihan Kontemporari

Aksesori dan kelengkapan elektrik juga mampu untuk menonjolkan sesebuah kediaman kontemporari. Pasangkan almari pakaian berkonsep terbuka dengan konfigurasi jelas menarik, kelompok mentol lampu yang terdedah dipasang secara bergantungan di ruang tamu, dan anda telah menghasilkan kediaman moden yang milik anda selamanya.

Gambar hiasan: Interior Design

3. Terangi Kediaman Anda Dalam Gaya-Gaya Yang Menarik,

Terangi dengan lampu di sepanjang kaunter dapur dan konsol TV, agar menyerlahkan kemasan. Serlahkan lagi dengan menggunakan logam, yang merupakan satu lagi bentuk elemen reka bentuk kontemporari. Di sini, logam boleh digunakan sebagai latar belakang untuk kaunter dapur, yang nantinya menghasilkan penampilan moden.

Gambar hiasan: Pinterest

4. Berikan Sentuhan Berbeza

Berikan sentuhan yang berbeza pada kediaman kontemporari ini dengan menengahkan hiasan dalaman yang menampilkan penampilan ringkas bersifat santai. Pertimbangkan kemasan ringkas daripada hiasan padat, dan tambahkan hasil pertukangan menarik atau warna yang terang di dapur.

Gambar hiasan: Home Dizz

5. Gaya Minimalis

Dinding putih pucat dan perabot yang rendah dengan gaya minimalis menghasilkan kanvas sempurna untuk menonjolkan konsep dekorasi lukisan seni. Letakkan pencahayaan yang bersifat strategik di dinding untuk menarik perhatian ramai terhadap hasil seni yang hebat ini.

Baca lagi: Ini Dia 4 Alasan Jangan Sampai Anda Menjadi Workaholic

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *