5 Rancangan Variasi Yang Paling Popular Dari Korea Ketika Ini

Jika anda adalah peminat tegar industri hiburan Korea Selatan maka anda tentu akan familiar dengan kebanyakan rancangan-rancangan variasi yang berasal dari Korea ini. Kebanyakan rancangan yang dihasilkan oleh mereka begitu terkesan di hati sehingga menjadi fenomena di negara kita. Malah tidak kurang juga rancangan yang banyak memberikan informasi berguna.

Oleh itu apa kata kita saksikan deretan beberapa rancangan variasi menarik dari Korea Selatan yang kini menjadi kegilaan malah ikutan beberapa buah negara ketika ini akibat pengaruhnya yang begitu besar ke atas penonton.

Gambar hiasan: KChat

1. Running Man

Rancangan yang dikelolakan oleh pengacara nombor satu dari Korea iaitu Yoo Jae Suk ini merupakan antara rancangan terawal yang begitu mendapat tempat di hati para peminat di Malaysia. Telatah ahli Running Man yang begitu mencuit hati disamping misi yang cukup mendebarkan membuatkan ia cukup menarik.

Gambar hiasan: K Show Online

2. I Can See Your Voice

Rancangan yang begitu cepat menempa nama di Malaysia kerana konsep rancangannya yang begitu unik malah bermisteri. Rancangan yang telah membantu kebanyakan syarikat muzik untuk mencari bakat-bakat baru terpendam untuk digilap agar menjadi bintang yang ternama. Dikelolakan oleh bintang daru Super Junior Lee Teuk dan Kim Bum Soo.

Gambar hiasan: All KPop

3. We Got Married

Salah satu rancangan yang paling unik konsepnya kerana ia turut melibatkan perkahwinan yang dilangsungkan hanya secara virtual dalam layar namun ia membabitkan kisah bagaimana jika pasangan selebriti hidup bersama sebagai suami isteri. Mereka akan melaksanakan pelbagai misi sehingga tempoh perkahwinan mereka tamat.

Gambar hiasan: Youtube

4. Golden Tambourine

Salah satu lagi rancangan yang benar-benar memikat kerana mengetengahkan konsep karaoke misteri bersama bintang-bintang terkenal dari Korea. Dikelolakan oleh bintang kelahiran rancangan Produce 101, Yoojung dan Yoon See Yoon, program ini membawakan pelbagai telatah yang menarik dari bintang-bintang ternama Korea.

Gambar hiasan: down Vids

5. The Yang Nam Show

Rancangan terbaru dari Korea ini menampilkan konsep “pillow talk” di mana tetamu dan hos akan berpakaian seolah-olah ingin masuk tidur dan mereka akan berbincang mengenai pelbagai perkara termasuk mengenakan rakan-rakan mereka yang berada di luar program. Dikelolakan oleh bintang terkenal Doyeon dan Eric Nam.

Jadi adakah anda semua penonton setia kelima-lima rancangan tersebut? Jika ya berikan komen anda tentang rancangan yang manakah memiliki kualiti terbaik berbanding rancangan-rancangan yang lain.

Baca lagi: Sumpahan 5 Boneka Yang Paling Menyeramkan Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *