5 Rahsia Untuk Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia

Realitinya kini anda sudah berusia 52 tahun, masih muda untuk panggil diri bersara. Anda masih ada beberapa tahun untuk menghabiskan masa di alam  pekerjaan. Siapa cakap dah tua tua tak boleh tukar kerja, itu adalah pandangan yang salah sedangkan ramai syarikat di luar sana yang mahukan pekerja berusia untuk dijadikan aset syarikat. Di sini kami sediakan artikel berkenaan tentang 5 rahsia untuk kelihatan muda berbanding usia.

5 Rahsia Untuk Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia

wallpaperscraft.com

Perkara pertama yang mereka lihat adalah faktor umur anda, umur juga memainkan peranan yang agak penting ketika temuduga.

Secara sahnya mereka boleh bertanyakan umur kita tapi apa sebenarnya yang mereka tengok dekat kita kan? Mereka tengok berapa tuanya anda berpakaian kerana dari situ mereka boleh agak berapa lama anda boleh bertahan di dalam sesebuah institusi pekerjaan.

Nampak lebih tua dari umur sebenarnya boleh merosakkan perjalanan hidup anda, ianya juga boleh menyebabkan daya keyakinan diri anda berkurang..

Apa yang anda boleh buat adalah memperlahankan waktu umur anda dari bertambah kerana kita sebagai manusia biasa tiada kuasa untuk memberhentikan perjalanan waktu umur kita dari bertambah.

Di bawah saya kongsikan 5 rahsia untuk kelihatan muda berbanding usia.

1. Mesti ada tujuan hidup

5 Rahsia Untuk Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia

theabroadguide.com

Kelihatan muda mestilah nampak dari dalaman.

Kunci utama untuk kelihatan muda adalah kena selalu mempunyai tujuan di dalam hidup. Kebanyakan tujuan yang akan kita perolehi selalunya daripada hubungan yang penting, pekerjaan profesional yang berjaya dan impak yang positif diberikan kepada orang lain. Tujuan itu mula memberikan jalan keluar setelah kehidupan kita yang berjaya itu memberikan kesan.

Buku Viktor Frankl’s landmark, bertajuk “ Man’s Search For Meaning” memperincikan di zaman pemerintahan nazi mereka yang mempunyai tujuan hidup lebih bahagia berbanding yang tidak.

Setelah beberapa ketika jika anda mengalami kemurungan setelah anak-anak meninggalkan rumah, menghampiri masa untuk bersara ataupun menghadapi perceraian anda akan lari daripada kehidupan sebelum ini yang tidak merumitkan.

Pada umur 40 tahun, sesetengah lelaki akan percaya yang mereka sudah mengakhiri kehidupan mereka sedangnya realitinya masih panjang.

Mungkin untuk hidup lebih lama dari generasi sebelum ini adalah impian anda. Ketika berusia 40 tahun, anda ketika itu dipanggil berada di usia pertengahan. Untuk nampak muda anda mesti selalu gembira dengan pencapaian yang anda alami dan pencapaian yang akan datang.

Hidup dengan tujuan memberikan anda arah untuk hidup

Tidak salah rasanya untuk melabur kepada minat mahupun hobi seseorang asalkan ada panduan sendiri dan juga rangka impian yang baharu agar kehidupan akan lebih bermakna.

2. Penjagaan kulit muka

5 Rahsia Untuk Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia

www.lelakisihat.com

 

 

Bagaimana anda mendapatkan kulit yang bersinar? Dengan menggunakan produk yang betul.

Ketika anda membeli belah untuk keperluan muka ada 3 bahan yang perlu ada untuk wajah kelihatan lebih muda.

  1. Mula gunakan exfoliator untuk memulihkan lapisan kulit mati.

 

  1. Gunakan produk yang mempunyai antioksiden dan juga retinoids dimana akan meningkatkan sel kulit dan juga pembaharuan kolagen.
  1. Gunakan penghalang sinar matahari untuk mengelakkan kulit daripada sinaran cahaya matahari.

1.Gunakan alat lelasan mikro

Perlahan-lahan kulit anda akan mengelupas dan kulit mati akan tertanggal dan digantikan dengan kulit yang lebih elok dan segar.

Namun begitu untuk mendapatkan rawatan menggunakan alatan mikro ini anda perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak kerana setiap sesi akan menelan belanja hampir RM 840 dan memerlukan anda menjalani rawatan 3 sehingga 5 kali untuk mendapatkan kulit yang diidamkan.

  1. Pastikan anda menggunakan krim anti-penuaan dan krm pelembab

Kulit akan mula menampakkan kerosakan apabila kurangnya antioksiden dimana proses yang mengeluarkan anti stress dari muka.

Antioksiden seperti vitamin c, (vitamin A) bantuan dalam mengeluarkan kolagen, apabila anda menggunakan dalam bentuk pelembab secara tidak langsung ianya akan meninggalkan kulit anda lebih anjal dan kukuh dari biasa.

  1. Losyen pelindung matahari

Semua orang  tahu akan bahaya cahaya matahari kepada kulit muka, tambahan pula cahaya matahari juga boleh mengakibatkan kanser kulit secara tidak langsung, oleh yang demikian ramai yang menggunakan losyen pelindung matahari untuk mengekalkan tona kulit muka yang sekata.

3. Buang pakaian yan tidak di gunakan

5 Rahsia Untuk Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia

www.khairunnisahamzahara.com

Lelaki yang sudah berusia lebih 30 tahun pasti jarang di dapati mempunyai masalah kewangan yang kritikal. Fasa untuk berjimat sudah pun berlalu, di usia 40 tahun dan ke atas adalah masanya untuk kita menggunakan kesenangan yang selama ini kita simpan.

Jika anda mempunyai banyak baju yang tidak digunakan selama setahun pastinya baju tersebut sudah pun melepasi fesyen terkini ataupun anda sudah tidak menyukainya. Ada juga baju yang anda simpan bertahun lamanya dan tidak menggunakannya kerana tidak suka.

Oleh itu apa kata anda dermakan baju yang anda tidak guna/ simpan ke rumah kebajikan ataupun kepada mereka yang memerlukan. Selain daripada itu, pastikan anda menyimpan baju yang anda gemari dan baju yang anda yakin memberikan keyakinan apabila menyarungnya.

4. Penjagaan gigi anda

chris-brown

www.teethpolish.com

Memiliki gigi yang putih dapat memberikan anda jalan keluar dari masalah umur kerana membiarkan gigi anda bersih dan sihat seperti memberus gigi, floss gigi dan membuat kumuhan air bersih adalah antara faktor penjagaan gigi yang menjadi rutin.

Baca artikel yang berkaitan : 5 Cara Untuk Dapatkan Gigi Yang Lebih Putih

Pada sisi lain, pengabaian gigi boleh mengakibat gingivitis selain daripada penyakit gusi. Selain daripada itu, mempunyai bau mulut yang teruk boleh menyebabkan kurang kenyakinan diri.

Apabila anda berjumpa dengan mana-mana wanita ingat bahawa apa yang mereka tengok pada hari pertama temujanji adalah gigi dan juga bau mulut.

Jika anda kehilangan gigi apa kata cuba taktik tanam gigi baharu kerana walaupun menelan belanja yang agak banyak untuk mendapatkan keyakinan ianya adalah satu pelaburan.

5. Bermain dengan warna

5 Rahsia Untuk Kelihatan Lebih Muda Berbanding Usia

ganlob.com

Apabila rambut dan kulit badan mula berubah anda kini mempunyai pilihan di dalam menentukan variasi baju yang hendak dipakai.

Mungkin ketika anda berusia 20 tahun memakai pakaian yang mempunyai banyak warna tidak sesuai namun tidak lagi pada usia anda 50 tahun mungkin inilah masanya anda bermain dengan warna.

Sebagai contoh, memakai pakaian bewarna gelap akan lebih menampakkan lingkaran gelap bawah mata. Namun untuk kelihatan kurus warna gelap adalah yang terbaik. Apa yang dikhuatiri sebenarnya jika pakaian bewarna gelap akan menampakkan diri anda lebih tua dari usia.

Pakai pakaian bewarna terang contoh seperti hijau, merah dan juga kuning, lengkapi baju anda dengan warna sebegitu untuk mendapatkan hari yang lebih bertenaga.

Lelaki yang sebenar pasti lebih arif tentang isu pemakaian yang menjadi rutin harian mereka. Apa kata share pengalaman anda di dalam pemakaian beserta komen di bawah!

BACA: Hafizh Syahrin Tak Berani? Baca Dulu 4 Risiko Ini Sebelum Kata Beliau Tak Berani

Join us_New

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.