5 Quarterback NFL Terbaik Sepanjang Zaman

National Football League atau NFL adalah sukan yang paling popular di Amerika Syarikat. Sukan ini mengatasi populariti sukan bola sepak walaupun bola sepak adalah sukan paling popular di dunia.

Antara posisi terpenting di dalam NFL adalah quarterback. Tanpa quarterback, mana-mana pasukan NFL akan menjadi sukar untuk membuat serangan. Seorang quarterback yang baik memerlukan penglihatan yang tajam di samping mempunyai balingan yang baik agar bola dapat sampai ke arah rakan sepasukannya untuk melakukan touchdown.

Untuk artikel kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 quarterback NFL terbaik sepanjang zaman.

quarterback

Kredit foto: Mile High Card Co

Brett Favre

Pemain yang pernah bermain dengan Green Bay Packers dan New York Jets ini telahpun bersara pada tahun 2010. Namun begitu, sepanjang kariernya beliau sudah berjaya melakukan 6,300 kali balingan sempurna, membaling sejauh 71,383 ela dan balingan yang berjaya touchdown sebanyak 508 kali.

 

Kredit foto: CSNNE.com

Tom Brady

Quarterback yang kini berusia 39 tahun ini sudah memulakan kariernya pada tahun 2000 dan masih lagi aktif bermain hingga kini bersama-sama dengan pasukan New England Patriots. Berdasarkan statistik semasa, Tom Brady sudah berjaya melakukan 5,186 balingan sempurna, membaling sejauh 60,904 ela dan telah melakukan balingan touchdown sebanyak 530 kali.

Baca lagi: Pekak Bukan Penghalang Untuk Lelaki Ini Bergelar Pemain NFL

Kredit foto: CBS Miami – CBS Local

Dan Marino

Bermula daripada penglibatan awalnya dalam sukan NFL ini, Dan Marino hanya beraksi dengan satu pasukan sahaja iaitu Miami Dolphins bermula dari tahun 1983 sehingga 1999. Sepanjang kariernya, beliau sudah berjaya membuat 4,967 balingan sempurna, membaling sejauh 61,361 ela dan membuat balingan untuk touchdown sebanyak 420 kali.

Kredit foto: RantSports

John Elway

Lahir pada tahun 1960 dan dikatakan sebagai quarterback yang mempunyai fizikal yang sangat besar telah memulakan kariernya dalam NFL bersama-sama dengan pasukan Denver Broncos pada tahun 1983. John Elway telah bersara pada tahun 1998. Sepanjang beraksi, John Elway telah mencatatkan rekod 4,123 balingan sempurna, membaling sejauh 51,475 ela dan membuat balingan touchdown sebanyak 300 kali.

Kredit foto: Alchetron

Joe Montana

Joe Montana kini sudah berusia 60 tahun dan selama penglibatannya di dalam NFL beliau pernah beraksi bersama-sama dua pasukan ini iaitu San Francisco 49ers dan Kansas City Chiefs. Joe Montana telah bersara pada tahun 1994 dan telah mendapat gelaran Most Valuable Player sebanyak 2 kali. Beliau telah berjaya membuat balingan sempurna sebanyak 3,409 kali, membaling sejauh 40,551 ela dan berjaya melakukan 273 balingan touchdown.

Adakah anda merasakan ada quarterback yang lain yang patut berada di dalam senarai ini? Sila nyatakannya di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Kisah Inspirasi Dari Dunia Sukan Yang Patut Difilemkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *