5 Posisi Paling Susah Dalam Sukan

Setiap sukan yang dimainkan, memerlukan seseorang itu mempunyai bakat dan juga kemahiran semulajadi. Tetapi, ada sesetengah posisi yang sukar yang ada di dalam mana-mana sukan yang dimainkan memerlukan lebih daripada bakat dan juga kemahiran.

Oleh itu, untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 posisi paling susah dalam sukan yang bukan bergantung harap kepada bakat dan kemahiran semata-mata. Jom kita lihat satu per satu.

posisi paling susah dalam sukan

Kredit foto: Sportal.co.nz

#5. Scrum-half (Ragbi)

Ragbi adalah antara sukan yang paling banyak memerlukan kekuatan fizikal untuk memainkannya. Jadi, setiap orang yang bermain ragbi perlu mempunyai ketahanan fizikal yang kuat dan supaya mereka boleh bermain sukan ini dengan baik.

Namun begitu, posisi yang sukar dalam sukan ragbi ini ialah scrum-half. Bagi mana-mana pemain yang bermain di posisi ini, mereka adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengawal perlawanan yang dimainkan. Biasanya, scrum-half adalah pemain pertama yang akan menerima bola daripada dummy half dan kemudian akan menentukan arah mana untuk membuat serangan.

Posisi scrum-half ini haruslah diberikan kepada pemain yang mempunyai rekod prestasi yang bagus serta mengetahui segala-galanya tentang percaturan serangan pasukannya.

Baca lagi: 5 Killer Sepak Takraw Terbaik Dunia Yang Menggerunkan Lawan Dengan Libasan Mereka

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Bigplay

Kredit foto: Bigplay

#4. Pitcher/Pembaling (Baseball)

Berada di posisi pembaling dalam sukan baseball nampak seperti tugas mudah. Tetapi, posisi ini sebenarnya adalah yang paling sukar dalam sukan baseball ini. Membuat balingan berulang-ulang kali akan menyebabkan kesakitan pada bahagian lengan dan juga bahu si pembaling.

Selain itu, mana-mana pemain yang bermain sebagai pembaling perlu memastikan mereka mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Ini kerana, mereka yang bermain di posisi ini akan menjadi harapan semua orang termasuklah pasukannya dan juga para peminat. Sekiranya membuat silap, pasti si pembaling akan menjadi sasaran peminat untuk diejek dan dimaki.

Kredit foto: The Sports Post

Kredit foto: The Sports Post

#3. Quarterback (American Football)

Sama seperti posisi pembaling dalam sukan baseball, posisi quarterback ini juga memerlukan kekuatan di bahagian lengan dan bahu untuk membuat balingan. Tetapi, tugas quarterback lebih mencabar berbanding pembaling dalam baseball.

Pertamanya, seorang quarterback harus menghafal semua ‘playbook’ serangan pasukannya dan memahami tugas setiap pemain yang berada dalam posisi serangan. Kemudian, quarterback juga mestilah seorang yang pandai membaca gerakan barisan pertahanan lawan untuk mencari ruang membuat serangan.

Akhir sekali, quarterback harus membuat balingan yang tepat kepada receiver supaya serangan dapat dibuat dengan lancar dan berkesan. Apa yang menariknya, quarterback harus membuat semua tindakan ini disaat pemain-pemain lawan akan datang menghampiri dan merempuh quarterback sekuat hati.

ads-pomade_updated

Kredit foto: RantSports

Kredit foto: RantSports

#2. Penjaga Gol (Hoki Ais)

Penjaga gol hoki ais memegang posisi yang sukar kerana mereka sentiasa berdepan dengan puck (sama seperti bola) yang dipukul yang mencecah kelajuan 160 km/j. Beberapa dekad sebelum ini, penjaga gol hoki ais tidak memakai topi keledar seperti yang telah dipakai sekarang. Huh, berani sungguh penjaga gol ni!

Selain bertugas untuk menjaga gol, penjaga gol hoki ais juga perlu meluncur dan dalam masa yang sama mempunyai ketahanan yang tinggi untuk menahan 30 pukulan per game.

Kredit foto: Pinterest

Kredit foto: Pinterest

#1. Penjaga Gol (Bola Sepak)

Walaupun penjaga gol bola sepak hanya menerima jumlah serangan tidak seberapa banyak daripada pihak lawan, tetapi mereka perlu bertugas mengawal gawang seluas 8 kali 24 kaki daripada dibolosi. Ini adalah saiz yang sangat luas lebih-lebih lagi bagi penjaga gol yang bertubuh kecil.

Penjaga gol bola sepak juga dilihat tidak memakai sebarang alat perlindungan diri walaupun mereka berdepan dengan bola yang disepak yang boleh mencecah kelajuan 110 km/j. Tambahan pula, penjaga gol juga bertanggungjawab menguruskan barisan pertahanannya memandangkan mereka boleh melihat keseluruhan padang dan apa yang sedang berlaku.

Adakah anda bersetuju dengan pilihan 5 posisi paling susah dalam sukan ini? Jika anda tidak bersetuju, anda boleh menyatakan posisi yang manakah yang lebih susah mengikut pendapat anda. Sila tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Aksi Comeback Yang Mengkagumkan Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *