5 Permainan Yang Boleh Membuatkan Anda Terpukau Olehnya

Muda mudi zaman sekarang sememangnya tidak boleh lekang dengan bermain permainan komputer samada melalui komputer mahupun melalui telefon. Boleh dikatakan mereka ini seolah-olah sudah ketagih dengan permainan tersebut dan tidak boleh hidup langsung tanpanya.

Malah ada yang terlaku leka sehingga lupa dengan tugas mereka yang sepatutnya mereka utamakan. Wah, hebat betul penangan permainan komputer ini bukan? Bukan sahaja boleh melalaikan malah membuatkan kita mengabaikan tugas penting yang patut kita utamakan.

Jom kita saksikan apakah dia 5 permainan yang benar-benar digilai oleh ramai orang.

Gambar hiasan: Red Bull

1. Pokemon Go

Permainan ini yang mula diperkenalkan pada Jun tahun lepas telah berjaya menjadi fenomena setelah 2 bulan berada di pasaran. Diinspirasikan oleh kartun Pokemon keluaran negara Jepun kini permainan ini telah berjaya mendapat jutaan muat turun dan memenangi anugerah juga.

Gambar hiasan: PopCap

2. Plants VS Zombie

Dikeluarkan beberapa tahun yang lalu, kini permainan ini sudah pun mengeluarkan edisinya yang terbaru yang ternyata lebih mencabar. Ia mengenai pertarungan antara tumbuhan-tumbuhan dan zombie demi menghalang mereka dari memasuki kawasan rumah untuk memakan otak tuan mereka.

Gambar hiasan: Game Revolution

3. Candy Crush

Ramai yang menggilai permainan ini dan ternyata ramai juga yang sering mendapat ajakan dari rakan mereka di Facebook untuk turut serta bermain permainan tersebut. Permainan ini adalah berasaskan usaha untuk mereka mengalahkan Ratu Jelly yang merupakan musuh utama mereka.

Gambar hiasan: Hit2K

4. Ultimate Ninja

Kepada peminat Naruto tentu anda juga akan menggilai permainan komputer yang berasaskan kartun aniasi Naruto ini juga. Permainan yang berbentuk “role-playing” ini menyaksikan pengembaraan sang ninja Naruto dalam usaha menjadi Ninja yang terhebat.

Gambar hiasan: Origin

5. Permainan Sims

Antara permainan terawal yang mendapat tempat dan perhatian para pemain semenjak beberapa tahun yang lepas. Konsep permainan ini adalah berasaskan penciptaan watak dan bandar mengikut kemahuan pemain. Grafik yang dipaparkan juga adalah bersifat 3D dan pengalaman permainannya juga cukup menakjubkan.

Baca lagi: 5 Cara Pintar Menghias Kamar Agar Lebih ‘Cozy’ Untuk Ditiduri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *