5 Perkara Yang Sering Dilakukan Apabila Bermain Micro Genius

micro genius

Kredit foto: forum.lowyat.net

Sebelum kedatangan konsol permainan video yang lebih canggih seperti Playstation dan juga Xbox, terdapat satu konsol permainan video yang digilai dan diminati oleh kanak-kanak yang membesar dalam tahun 1990 hinggalah tahun 1994.

Nama konsol permainan video yang cukup popular ketika itu ialah Micro Genius. Micro Genius adalah sejenis konsol yang meniru produk keluaran Nintendo pada ketika itu yang bernama Famicom.

Memandangkan Famicom tidak diedarkan di Malaysia pada ketika itu, sebuah syarikat pengeluar dari Taiwan telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan Micro Genius dan diedarkan di Malaysia.

Untuk artikel kali ini, kami di Mensive bukanlah mahu menceritakan perihal teknikal konsol ini. Tetapi, kami mahu berkongsi dengan anda tentang beberapa perkara popular yang sering terjadi ketika bermain konsol Micro Genius.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman yang pernah kami rasai sendiri pada zaman kegemilangan Micro Genius.

micro genius

Kredit foto: lady-eklipse.lifejournal.com

Meniup Katrij Jika Tak Detect

Game yang dimainkan untuk konsol Micro Genius adalah dalam bentuk katrij bersegi empat tepat. Ia tidak seperti konsol PS mahupun Xbox yang mana game dua konsol ini adalah dalam bentuk DVD.

Pada ketika itu, andainya katrij yang dimasukkan ke dalam konsol Micro Genius tidak dapat dikesan ataupun tidak detect, maka si pemain akan mencabut semula katrij itu dan meniup di bahagian bawah katrij tersebut.

Tujuan katrij ditiup adalah untuk menghilangkan habuk-habuk yang mungkin telah mengganggu proses pengesanan katrij ini. Tetapi, si pemain perlu berhati-hati ketika meniup. Ia tidak boleh terlalu kuat kerana khuatir air liur pula yang termasuk dalam katrij dan akan mengganggu terus sistemnya. Lagi haru!

micro genius

Kredit foto: teknoseyir.com

1 Katrij Beratus Game

Micro Genius boleh dikatakan konsol yang sangat menjimatkan. Untuk bermain game Xbox dan PS, anda perlu habiskan ratusan ringgit untuk membeli hanya satu game, tetapi dengan Micro Genius, 1 katrij boleh ada beratus game.

Penghasilan 1 katrij beratus game ini sememangnya menjimatkan para pengguna terutama sekali kocek ibu bapa. Kanak-kanak akan ada banyak pilihan game untuk dimainkan. Jadi, mereka tak akan cepat bosan apabila sudah selesai bermain satu game. Ada beratus lagi game yang boleh dipilih.

micro genius

Bawah – Depan – A

Hah, ada apa dengan bawah – depan – A ini? Haa… Siapa peminat tegar Micro Genius pasti akan ingat move paling popular ini, terutama sekali ketika bermain game lawan-lawan. Contohnya seperti Street Fighter II.

Move bawah – depan – A ini adalah gerakan untuk menghasilkan kuasa ketika bermain game lawan-lawan. Selain boleh menumbuk dan menendang, anda boleh buat kuasa yang boleh menyerang pihak musuh dari jarak jauh dengan move bawah – depan – A ini.

Move ini juga adalah antara move yang paling senang untuk dibuat dan boleh juga dikatakan ini adalah move yang wajib diketahui oleh pemain-pemain Micro Genius.

micro 5

Abugen dan Abuyugid

Abugen dan Abuyugid adalan nama move yang dibuat oleh watak bernama Ryu dan juga Ken dalam game Street Fighter II di konsol Micro Genius ini. Dua move ini adalah move yang paling diingati oleh kanak-kanak pada ketika itu.

Mereka akan melakonkan semula dua watak kegemaran ketika bermain sesama sendiri sambil menjerit abugen dan juga abuyugid. Abugen adalah move yang boleh mengeluarkan bebola api dan abuyugid pula adalah move menumbuk ke atas sambil berterbangan.

Namun begitu, nama sebenar 2 move ini bukan abugen dan abuyugid. Untuk abugen, nama sebenarnya ialah Hadoken dan untuk abuyugid pula nama sebenarnya ialah Shoryuken. Tetapi, walau macam mana pun, nama abugen dan abuyugid tetap tersemat di hati.

micro genius

Kredit foto: youtube.com

Jangan Gegar Nanti Hang

Konsol Micro Genius ini sebenarnya agak sensitif juga dengan gegaran. Ini boleh menyebabkan game yang dimainkan tersangkut ataupun hang. Apabila hang, maka, pemain tidak boleh sambung bermain di tempat game tersebut hang.

Tambahan pula, konsol Micro Genius tidak ada fungsi save game. Jadi, nak tak nak, game tersebut perlu dimainkan semula dari awal. Game yang dimainkan itu juga perlu dimainkan sehingga habis disebabkan tiada fungsi save game.

Sebab itulah, pemain terpaksa bermain berjam-jam lamanya untuk menghabiskan misi-misi yang terdapat dalam game yang dimainkan sehinggakan satu tahap, TV pun mudah rosak. Ibu bapa pening kepala nak beli baru.

micro genius

Kredit foto: jappler.com

Contra – Game Lagenda

Tidak sah rasanya jika pemain-pemain konsol Micro Genius tidak bermain game Contra. Contra adalah game yang paling diminati oleh semua pemain Micro Genius. Contra adalah game yang berkonsepkan tembak menembak dan mempunyai banyak stage yang perlu dilepasi.

Dalam game Contra akan ada dua watak, satu memakai baju berwarna biru dan satu lagi berwarna merah. Oleh sebab itu, permainan ini sangat sesuai dimainkan secara berdua kerana ia membantu memudahkan kemenangan di setiap stage dan ketika berjumpa bos-bos.

Selain itu, keunikan game ini juga terletak pada kepelbagaian peluru senjata yang kita gunakan. Ada peluru berbentuk S, ada peluru yang bercabang, ada peluru berbentuk bola api, ada peluru laser dan macam-macam lagi.

Yang menariknya, apabila dua pemain memiliki dua peluru berbeza, lebih baik berlari bersama kerana gabungan itu akan membuatkan peluru itu menjadi kuat. Mungkin seperti mitos, tapi inilah kepercayaan yang dibawa oleh pemain-pemain game Contra.

Itulah dia antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh para pemain konsol Micro Genius ini. Populariti konsol ini tidak bertahan lama apabila Sega mula memasuki pasaran. Jadi, ramai yang telah berpindah ke konsol Sega dan Micro Genius semakin dilupakan.

Permainan video pula semakin lama semakin canggih. Pada era Micro Genius, game adalah dalam bentuk 2D sahaja. Tetapi kini, game adalah dalam bentuk 3D dan watak-watak serta persekitaran dalam game kelihatan seperti persekitaran sebenar.

Namun begitu, jasa Micro Genius tetap besar kepada kanak-kanak yang membesar pada tahun 1990 ini. Tanpanya, tiada kenangan yang dapat diingati dan menjadikan pengalaman hidup itu lebih bermakna.

Jika anda rasakan anda ada pengalaman unik ketika bermain konsol Micro Genius ini, jangan lupakan tinggalkan cerita anda di ruangan komen ya. Kami suka membaca pengalaman-pengalaman orang lain yang mungkin tidak sama dengan kami.

Baca lagi: 5 Sebab Kenapa Lelaki Suka Main Video Games Sehingga Berjam-Jam Lamanya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.