5 Perkara Yang Lelaki Patut Buat Apabila Putus Cinta

Bercinta bagai nak rak, semua ahli keluarga si dia anda dah kenal, sekali tiba-tiba hubungan cinta anda terputus di tengah jalan. Dia membawa diri dan anda pula membuat haluan sendiri. Selalunya anda cuma mendengar cerita apa wanita akan buat bila mereka putus cinta kan? Yelah, sebabnya wanita ni seolah-olah kaum yang sering menjadi mangsa putus cinta, padahal lelaki pun boleh jadi mangsa juga.

Jadi, seandainya anda putus cinta dan berasa sangat sedih, apa yang anda boleh buat dalam mengharungi waktu-waktu suram ini? Jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Apa kata anda ikut tip-tip kami ini agar anda dapat kembalikan semangat anda dan seterusnya menjadi lelaki hebat semula.

 

1. Lepak dengan kawan-kawan

1

Perkara pertama yang perlu anda buat bila putus cinta, cari kawan anda semula dan lepaklah dengan mereka. Bersembang dan berbuallah dengan mereka sepuas-puasnya. Ini pasti dapat membantu anda melupakan kisah-kisah cinta anda bersama bekas kekasih anda. Tapi awas, jika semasa bercinta anda selalu abaikan kawan-kawan, dikhuatiri semasa anda putus cinta, tak ada orang nak melepak dengan anda.

 

2. Buat benda yang anda suka

2

Andainya semasa anda bercinta ada benda yang anda suka tapi tak berkesempatan melakukannya, maka anda boleh lakukannya selepas anda putus cinta. Mungkin selama ini anda minat main go-kart, tapi bekas kekasih anda tak benarkan kerana berbahaya, kini dia pun tidak bersama anda lagi, jadi apa lagi, anda patut cuba main go-kart tu. Tekan pedal minyak kuat-kuat, biar kelajuan menghapuskan saat-saat indah bersama bekas kekasih anda.

mens grooming

3. Mengembara

3

Tidak kisah sama ada mengembara seorang diri ataupun bersama rakan, cara ini akan membantu anda untuk lebih menghargai kehidupan. Melawat negara luar dengan suasana dan persekitaran yang berbeza pasti memberikan kesan yang positif dalam diri. Contohnya apabila melihat golongan yang hidup susah di tepi jalan menyebabkan anda terasa seperti ingin membantu dan menjadi sukarelawan untuk menolong golongan tidak berkemampuan ini.

 

4. Buang barang yang berkaitan si dia

4

Sebaik-baiknya, buang saja segala barang pemberian bekas kekasih anda. Ini dapat membantu anda untuk melupakan memori bersama si dia. Anda sedang mencari ketenangan, dikhuatiri dengan melihat barang-barang pemberiannya akan buat anda rasa sedih. Oleh itu, ketepikan semua benda itu daripada pandangan mata anda. Anda cuba membina hidup baru yang lebih menggembirakan dan membahagiakan, bukan untuk terus jadi sedih dan muram.

 

5. Delete nombor telefon dan mesej-mesej si dia

5

Alang-alang dah tak nak ingat semua memori tentang si dia, hapuskan saja nombor telefon dan mesej-mesej indah yang diterima ketika bercinta dengan bekas kekasih anda. Mengapa nak dibaca lagi segala mesej-mesej itu, anda sudah tidak bersama dengan dia lagi, jadi baik delete sahaja. Jadi, bila anda memegang telefon anda, tidak adalah terasa nak baca mesej-mesejnya lagi kerana itu akan menyebabkan anda sedih semula.

 

*sumber gambar dari Google

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *