5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Menjadi Fotografer Terbaik Dalam Tahun 2017

Setiap kali masuk tahun baru, semua orang pasti menetapkan azam untuk dicapai. Jika anda bergelar seorang fotografer, pastinya anda juga melakukan perkara yang sama. Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan 5 perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadi fotografer terbaik dalam tahun 2017.

fotografer terbaik

Kredit foto: Talnts

Tetapkan Matlamat Dengan Jelas

Jika anda mahu jadikan bidang fotografi sebagai karier yang serius untuk anda, luangkan sedikit masa untuk memikirkan apa yang anda mahu capai dalam tahun 2017 ini. Dengan penetapan matlamat ini akan menjadikan anda lebih fokus di samping dapat menguruskan kreativiti anda dengan lebih baik.

Kredit foto: Beach Camera

Berkongsi Gambar Secara Berhemah

Kewujudan media sosial membantu fotografer berkongsi gambar dengan mudah. Walaubagaimanapun, sebagai fotografer, anda juga harus memilih gambar-gambar tertentu sahaja untuk dimuatnaik ke media sosial. Gambar-gambar tersebut mestilah gambar yang ingin dilihat oleh orang ramai agar gambar anda mendapat sambutan.

Selain itu, pemilihan media sosial untuk memuat naik gambar juga menjadi kriteria penting untuk meningkatkan sambutan terhadap gambar anda.

Baca lagi: 5 Hobi Yang Boleh Menjana Pendapatan

Kredit foto: mcbweddings.com

Menjaga Kamera Dengan Baik

Jadikan penjagaan dan pembersihan kamera satu amalan supaya kamera anda sentiasa berada dalam keadaan baik. Jangan biarkan ia tanpa penjagaan rapi di mana ia mungkin akan mengundang bencana kepada anda seperti kewujudan fungus yang boleh merosakkan kamera anda. Simpan kamera anda di dalam drybox dan pastikan bateri kamera sentiasa dicaj serta kad memori sudah diformat setiap kali selepas guna.

Kredit foto: amazon.com

Pelbagaikan Tempat Simpanan Gambar

Jangan simpan gambar anda di satu tempat sahaja. Sebaiknya, anda wujudkan lebih dari satu tempat untuk simpan gambar-gambar yang pernah anda ambil. Selain di dalam komputer, anda boleh simpan gambar anda dalam pendrive, external hard disk atau burn gambar anda ke dalam DVD.

Mempelbagaikan tempat simpanan gambar ini dapat mengelakkan gambar-gambar anda daripada hilang begitu sahaja selepas bertahun-tahun berusaha mendapatkan gambar yang baik.

Kredit foto: kayture.com

Ambil Lebih Banyak Gambar

Untuk azam ini, anda bukan semata-mata mengambil lebih banyak gambar, tetapi anda juga harus tetapkan apakah matlamat anda untuk mengambil lebih banyak gambar. Sebelum mengambil gambar, cuba visualkan dahulu gambar yang macam mana anda mahu ambil. Ini adalah penting supaya kemahiran mengambil gambar anda menjadi lebih baik apabila ada visualisasi awal.

Anda boleh ambil berjuta-juta gambar, tetapi gambar-gambar anda pastinya tidak ada kualiti jika anda sendiri tidak tahu mengapa anda mahu ambil gambar tersebut.

Jika anda rasakan ada azam yang lain yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk menjadi fotografer terbaik ini, kami galakkan anda untuk nyatakan ia dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Hobi Yang Anda Boleh Mulakan Sekarang Dengan Kos Yang Rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *