5 Perkara Yang Anda Boleh Cuba Lakukan Apabila Anda Sukar Untuk Tidur

1. Berfikiran positif

5 Perkara Yang Anda Boleh Cuba Lakukan Apabila Anda Sukar Untuk Tidur

Sumber gambar: wowamazing.com

Ia semudah itu sahaja. Menurut sains, menghindari fikiran anda daripada perkara-perkara yang negatif seperti (“Esok pastinya akan memenatkan di tempat kerja” ) akan dapat menenangkan anda dan membuatkan anda lebih cenderung untuk tidur.

2. Pilih satu benda untuk difokuskan

Sumber gambar: techwil.com

Memberi tumpuan kepada sesuatu yang khusus boleh jadi adalah sesuatu yang anda perlukan untuk berasa mengantuk. Fokus kepada pernafasan anda, atau ulangi mantera yang menenangkan dalam kepala anda.

3. Berpura-pura penat

Perdayakan otak anda ke dalam pemikiran bahawa anda sangat letih, walaupun sebenarnya tidak. Tumpukan perhatian kepada jenis perkara yang anda selalu rasakan jika anda penat, seperti mata semakin layu, bilik yang gelap, atau perasaan seperti  tenggelam dalam katil. Sebelum anda dapat menyedarinya, anda sudah pun berada di alam mimpi!

4. Membaca

Sumber gambar: valleysleepcenter.com

Jangan baca dengan melalui telefon pintar anda. Dapatkan manuskrip yang solid dan pilih mana-mana tajuk yang boleh membuatkan anda mengantuk. Redupkan sedikit cahaya di dalam bilik anda hanya sekadar cukup supaya anda boleh melihat dan membacanya dengan selesa. Hanya bacanya sehingga anda merasa benar-benar mengantuk.

5. Tutup mata anda

Sumber gambar: keywordsuggest.org

Walaupun bilik anda sudah pun gelap, tetapi mungkin terdapat beberapa cahaya yang boleh menerangi bilik anda. Jadi, jika anda tidak mempunyai topeng mata, dapatkan tuala kecil yang panas atau t-shirt dan tutup mata anda supaya apa yang anda boleh lihat hanyalah tidur.

 

Baca lagi: Bagaimana Individu Artistik Menggunakan Kreativiti Untuk Sempurnakan Hari Mereka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *