5 Perkara Tentang Korea Utara Yang Patut Kita Tahu; Selain Daripada Nuklearnya

Walaupun dunia masa kini sudah membolehkan kita berhubung dengan seseorang pada jarak jauh dengan hanya menggunakan internet dan cetusan globalisasi telah menyebabkan tiadanya dunia tanpa sempadan, Korea Utara kekal menjadi negara yang terus terasing daripada negara-negara lain.

Lebih 24 juta rakyat Korea Utara kini hidup dalam pemerintahan diktator di bawah pimpinan yang diwarisi oleh keluarga yang sama. Korea Utara juga sering mencipta kontroversi dengan Amerika Syarikat dan juga jiran mereka sendiri iaitu Korea Selatan.

Memandangkan pada masa sekarang, Malaysia sedang mempunyai hubungan dingin dengan Korea Utara gara-gara pembunuhan abang tiri Kim Jong Un yakni presiden Korea Utara di Malaysia, kami merasakan ada baiknya kita cuba mengenali serba sedikit tentang negara yang mengamalkan gaya pemerintahan autokratik ini.

Kredit foto: rappler.com

Negara Yang Terasing

Suatu ketika dahulu, sebelum negara Korea terpisah kepada dua bahagian, ia telah diperintah oleh Jepun sehinggalah tahun berlakunya perang dunia kedua. Pada ketika itu, Jepun telah menyerahkan pemerintahannya terhadap negara Korea kepada dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Pemerintahan Amerika Syarikat dan Soviet Union ini telah menyebabkan negara Korea ini terbahagi kepada dua di mana Amerika Syarikat menguasai bahagian selatan Korea dan Soviet Union memerintah bahagian utara Korea.

Pada tahun 1948, perpisahan dua kawasan ini menjadi kekal dan mewujudkan dua buah negara iaitu Korea Selatan dan Korea Utara selepas Amerika Syarikat gagal untuk menyatukan semula dua kawasan ini.

Presiden pertama Korea Utara iaitu Kim Il sung telah mengisytiharkan polisi ‘self-reliance’ di mana ia membawa maksud bahawa Korea Utara menutup pintu untuk sebarang rundingan diplomatik dan kerjasama ekonomi dengan negara-negara lain.

Falsafah pemerintahan Kim Il Sung ini bertujuan untuk mengekalkan kekuatan politik dan ekonomi Korea Utara tanpa ada campur tangan daripada pihak-pihak lain.

Kredit foto: Reuters

Pemerintah Dari Cerita Dongeng

Pemerintah-pemerintah yang mengawal Korea Utara ini sering menganggap diri mereka mempunyai kuasa-kuasa mistik seperti di dalam cerita-cerita dongeng. Pemerintah pertama Korea Utara, Kim Il Sung sering menganggap dirinya seperti ‘matahari’ Korea dan mempunyai kuasa untuk mengawal cuaca.

Selepas kematian Kim Il Sung, Korea Utara dipimpin pula oleh anaknya iaitu Kim Jong Il. Kelahiran Kim Il Sung diuar-uarkan sebagai utusan dari syurga dan pihak media Korea Utara sangat gemar mengeluarkan cerita tentang Kim Jong Il yang agak sukar untuk dipercayai.

Antaranya ialah, Kim Jong Il berjaya mendapat markah penuh 300 walaupun baru pertama kali bermain boling dan Kim Jong Il berjaya mendapat lima kali ‘hole in one’ sedangkan itulah kali pertama beliau bermain golf.

Semasa kematian Kim Jong Il, dikatakan bahawa awan-awan di gunung yang dipercayai suci oleh rakyat Korea Utara iaitu Gunung Paektu telah bertukar menjadi kemerah-merahan seolah-olah menunjukkan kesedihan tentang kematian Kim Jong Il.

Pemerintahan Korea Utara diteruskan pula oleh anak Kim Jong Il iaitu Kim Jong Un. Pelantikan Kim Jong Un sebagai presiden Korea Utara telah disensasikan oleh pihak media sebagai kelahiran dari syurga.

Pada tahun 2012, pihak media Korea Utara menyatakan bahawa telah ditemui sarang kuda Unicorn yang dimiliki oleh Tongmyong iaitu pemerintah yang popular melalui cerita dongeng Korea di mana beliau adalah orang pertama yang menjumpai Korea.

Cerita daripada pihak media ini bukanlah untuk menunjukkan bahawa Korea Utara mempercayai unicorn, tetapi mereka sebenarnya mahu mengangkat darjat Kim Jong Un sebagai presiden dan juga mahu menyatakan bahawa Korea Utara adalah Korea yang sebenar dan bukan Korea Selatan.

Baca: Hokuto… Minami… Shaahh: 5 Ultraman Terawal Yang Disiarkan Di Dalam Televisyen

Kredit foto: Haiku Deck

Penjara Rakyat

Menurut kajian kerajaan Korea Selatan, terdapat seramai 154,000 orang rakyat Korea Utara yang terpenjara dalam negara mereka sendiri. Mereka dikurung dalam kawasan berpagar yang dipasang menggunakan dawai berduri yang berelektrik.

Dikhabarkan, rakyat Korea Utara yang dikurung di dalam penjara ini akan kekal berada di dalamnya seumur hidup mereka. Hanya beberapa kem penjara sahaja yang membebaskan rakyat yang terpenjara.

Selama penjara ini ditubuhkan, hanya seorang lelaki sahaja yang berjaya melarikan diri dari penjara yang kejam ini sehinggakan kisah lelaki ini dibukukan dan diberi tajuk “Escape from Camp 14: One Man’s Remarkable Odyssey from North Korea to Freedom in the West”.

Penyeksaan, kekurangan zat makanan, buruh paksa dan hukum bunuh adalah antara perkara-perkara biasa yang berlaku di dalam kem penjara ini. Menurut laporan daripada Amnesty International pada tahun 2011, 40 peratus daripada penghuni penjara ini meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan.

Kredit foto: Business Insider

Kehidupan Seharian Di Korea Utara

Memandangkan Korea Utara sering menyembunyikan fakta-fakta tentang negaranya sendiri, maka adalah sukar untuk orang luar mengetahui apakah sebenarnya yang sedang berlaku dalam kehidupan seharian rakyat Korea Utara.

Berdasarkan buku yang bertajuk “Nothing to Envy: Ordinary Lives in North Korea”, seorang wartawan bernama Barbara Demick telah menemuramah beberapa orang rakyat Korea Utara yang berjaya melarikan diri ke Korea Selatan.

Mereka menyatakan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat memandangkan sikap ibu bapa dan datuk nenek mereka dahulu yang sanggup berlapar demi memastikan anak-anak mereka mendapat makanan.

Rakyat Korea Utara ini juga bahawa mereka akan dibanjiri dengan propaganda-propaganda yang tidak benar dan hanyalah sekadar mitos seperti yang pernah diceritakan di atas.

Di China, New York Times pernah menemuramah warga Korea Utara yang lari ke sana di mana mereka mengatakan bahawa mereka berjaya membawa masuk DVD cerita secara haram di mana mereka berjaya mengetahui serba sedikit tentang apa yang berlaku di luar Korea Utara.

Kredit foto: BBC

Penggunaan Internet Tidak Dibenarkan

Penggunaan internet hampir tidak dibenarkan untuk digunakan di seluruh kawasan di dalam Korea Utara. Sesiapa yang mahu menggunakan internet perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak kerajaan Korea Utara.

Rakyat Korea Utara yang mempunyai komputer di mana kebanyakan daripada mereka menetap di bandar-bandar besar hanya mempunyai kemudahan internet sehingga bandar Kwangmyong.

Menurut laporan, mereka yang mengunjungi ke Korea Utara perlu menyerahkan telefon bimbit kepada pihak berkuasa di sempadan. Namun begitu, pada tahun 2013, pihak Korea Utara membenarkan akses 3G hanya untuk orang asing yang melawat Korea Utara.

Begitulah sedikit sebanyak gambaran kehidupan yang berlaku di Korea Utara. Sebuah negara yang terasing tetapi mempunyai keupayaan senjata nuklear yang cukup mengkagumkan. Walaubagaimanapun, kami di Mensive berharap agar masalah yang berlaku di antara Malaysia dan Korea Utara dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Sumber: Pautan

Baca: Bagaimana Seorang Penjual Botol Boleh Menjadi Vokalis Band Journey: Inilah Kisah Arnel Pineda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *