5 Perkara Membosankan Yang Sering Didengari Setiap Pengembara Solo

5 Perkara Membosankan Yang Sering Didengari Setiap Pengembara SoloSumber gambar: bishophouse.com

Mengembara bersama rakan-rakan atau keluarga adalah menyeronokkan, tetapi kadang-kadang ada banyak lagi yang boleh diterokai apabila anda bersendirian.

Selain daripada menerima perspektif yang berbeza ketika kembara solo, keberanian kita juga akan diragui serta akan dipersoalkan untuk ekspedisi solo nanti.

Berikut adalah 6 perkara yang pengembara solo mungkin sering dengar:

1. “Adakah anda tidak sunyi atau bosan?”

Sumber gambar: quickmeme.com

 

Kebebasan bangun pada bila-bila masa anda inginkan, meneroka bandar baru, makan apa sahaja yang anda mahu dan mengambil apa-apa cabaran sesuka hati, sudah tentu kita lakukannya dengan cara tersendiri.

Pengembaraan secara solo sudah pasti tidak menyepikan atau membosankan!

Sebaliknya, ia memupuk rasa untuk cintakan diri sendiri dan mengajar anda untuk merasa selesa dengan diri sendiri.

Ia mungkin kedengaran seperti agak ‘cliche’, tetapi kembara solo sebenarnya membantu anda untuk ‘self-discovery‘.

Anda dapat untuk mencari minat anda, memahami diri sendiri dan meluaskan kebolehan anda.

2. “Anda perlu makan sendiri?”

Sumber gambar: funnyordie.com

Tiada apa yang salah sebenarnya apabila makan berseorangan.

Ia adalah sebenarnya disebabkan oleh budaya kolektif Asia kita yang kita sering ingin ditemani dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

(Sesetengah kanak-kanak perempuan juga akan pergi ke tandas secara bersama-sama).

Kadangkala, ia boleh menjadi satu pengalaman yang agak selesa untuk makan secara bersendirian.

Belajarlah untuk meluangkan masa secara bersendirian untuk mengumpulkan segala fikiran anda bersama.

Selain itu, anda juga akan dapat makan bersama dengan kawan-kawan baru atau pelancong yang anda kenali sepanjang perjalanan.

Pengalaman ini pasti akan berbaloi untuk anda.

3. “Bukankah ianya berbahaya untuk kembara solo?”

Jika anda menghabiskan masa menonton berita yang melaporkan betapa bahayanya dunia ini, anda mungkin akan terperangkap dalam rumah untuk sepanjang hidup anda.

Semestinya, terdapat jenayah dan bencana di mana-mana saja pada masa kini.

Tetapi jika anda tinggal dengan mentaliti bahawa semua orang di luar sana sedang mencari dan ingin menangkap anda, anda akan ketinggalan dalam kehidupan.

4. “Anda mestilah kena kaya”

Sumber gambar: topbusinessjournal.com

Hakikatnya, kebanyakan orang bekerja keras untuk menampung perbelanjaan dan membiayai percutian solo mereka.

Ia merupakan satu komen yang agak sensitif apabila seseorang menganggap kita berpoket tebal dan dengan itu kita boleh berjalan sesuka hati bila-bila masa.

Jadikan pengembaraan anda sebagai keutamaan anda dengan perancangan dan bajet yang betul, mengikut kemampuan anda.

Kata orang, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

5. “Beruntunglah anda”

Sumber gambar: metro.co.uk

Berani, berfikiran terbuka, sukakan cabaran adalah lebih sesuai untuk diungkapkan kepada pengembara solo.

Tetapi “beruntunglah anda”?

Ianya adalah mengenai keutamaan! Dengan menabung, sesiapa sahaja boleh mengembara secara solo.

Sebenarnya ia bergantung kepada berapa banyak yang anda sanggup untuk keluarkan dan atas tujuan apa.

Beberapa wanita mungkin akan menghabiskan gaji bulanan hasil titik peluh mereka untuk beg Prada yang mewah.

Manakala bagi pengembara solo, mereka mungkin akan menghabiskan gaji bulanan hasil titik peluh mereka untuk lawatan atau percutian yang menakjubkan.

 

Baca lagi: 3 Panduan Menjaga Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *