5 Perangai Orang Yang Boleh Menjengkelkan Orang Sekeliling

Dunia ini ada banyak ragam manusia yang kadangkala boleh menjengkelkan kita tanpa mereka sendiri menyedarinya. Mungkin bagi mereka ia merupakan perkara biasa kerana setiap orang memiliki keunikan masing-masing namun kepada orang sekeliling ia boleh menyebabkan masing-masing bermasam muka dan tersinggung perasaan.

Oleh itu kita sebagai manusia yang bertamadun haruslah berhati-hati dengan kelakuan kta bak kata orang, jangan terlalu berlebih-lebih dalam melakukan sesuatu kerana ada banyak keburukan yang boleh terjadi berbanding kebaikan.

Berikut adalah antara perangai individu yang kadangkala menjengkelkan orang sekeliling malah membawa mudarat buat diri sendiri juga.

Gambar hiasan: Expert Beacon

1. Shopaholics

Ini seringkali berlaku kepada kaum perempuan tetapi jangan terkejut kerana sekarang pun lelaki turut terlibat dalam aktiviti yang seringkali didominasi oleh perempuan ini. Pada mereka ini biar papa asalkan dapat bergaya, pantang sahaja ada jualan murah mesti mereka akan berkerumun di sana.

Gambar hiasan: TravelHolic

2. Kaki Travel

Kali ini kita berkenalan pula dengan orang yang hobinya bercuti tapi ini bukan jenis bercuti yang normal sebab boleh dikatakan setiap minggu kalau anda pergi melawat FB mereka penuh dengan gambar-gambar percutian mereka. Maka ramailah yang mengata kononnya mereka ini sangat kaya kerana mampu bercuti setiap minggu.

Gambar hiasan: What’s After The Credit

3. Womanizer

Ini pula seringkali ditujukan kepada lelaki mata keranjang kerana kalau anda perhatikan masa mereka ini sering dihabiskan di kelab-kelab malam atau di hotel. Setiap kali mereka keluar daripada tempat tersebut mesti ada dua atau tiga orang perempuan yang berada di dalam pelukan lelaki tersebut, aneh kan?

Gambar hiasan: Goop

4. Foodholic

Pendek kata mereka ini jenis yang kaki makan namun ada juga kadangkala kebaikan mempunyai mereka sebagai rakan anda. Ini disebabkan mereka lebih mengetahui di mana gerai makanan yang terbaik dan apakah jenis makanan yang best di sekitar anda ketika ini. Namun keburukannya adalah jika anda dalam proses berdiet.

Gambar hiasan: The Huffington Post

5. Loner

Orang begini pula suka bersendirian dan tidak ingin mengambil tahu akan hal sekeliling malah jarang pula bersosial. Orang macam ini susah sikit untuk dibawa berbincang dan bekerjasama kerana mereka akan asyik dengan dunia mereka sendiri. Apa yang mereka tahu adalah pergi bekerja dan pulang lalu mengunci diri dari masyarakat.

Baca lagi: Tips Untuk Memilih Pakaian Yang Sesuai Dengan Tubuh Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *