5 Penyanyi Yang Memiliki Oktaf Suara Tertinggi

Suara yang merdu merupakan hal yang wajib dimiliki jika ingin menjadi seorang penyanyi profesional, teknik menyanyi pun ikut serta dalam menentukan kualiti yang dimiliki oleh seorang penyanyi.

Tapi tidak banyak penyanyi profesional yang ada saat ini memiliki teknik suara dengan julat oktaf yang tinggi kerana sebahagiannya hanyalah penyanyi yang boleh menyanyi ikut julat yang kebiasaannya.

Berikut adalah sebahagian daripada penyanyi di dunia yang antaranya memiliki suara dengan oktaf tertinggi:

Gambar hiasan: Mermaid Fan Club

1. Georgia Brown

Inilah yang sering dicadangkan sebagai penyanyi yang memiliki suara tertinggi di dunia hingga saat ini, Georgia Brown memiliki suara hingga mencapai 8 oktaf, mungkin anda akan terkejut bila menyaksikan bagaimana Georgia bernyanyi, tidak hairan apabila namanya tercatat dalam Guinness World Of Record sebagai penyanyi dengan suara tertinggi di dunia.

Gambar hiasan: Youtube

2. Adam Lopez

Mungkin banyak daripada kita yang belum mengetahui informasi penyanyi yang berasal dari Brisbane Australia ini, Adam Lopez merupakan penyanyi lelaki dengan suara tertinggi di dunia, mungkin kerana jarang seorang penyanyi lelaki yang memiliki suara dengan oktaf yang tinggi. Adam Lopez memiliki suara dengan ketinggian 6 oktaf.

Gambar hiasan: MTV

3. Whitney Houston

Diva yang beroleh kejayaan dengan lagu I Will Always Love You ini dijadikan idola kebanyakan penyanyi baik dari dalam mahupun luar negeri, penyanyi kelahiran New Jersey ini memiliki suara dengan oktaf yang hampir atau agak sama dengan Mariah Carey iaitu 5 oktaf namun berbeza dalam julat vokalnya.

Gambar hiasan: Rich Glare

4. Mariah Carey

Banyak berita beredar yang mengatakan bahawa Diva kelahiran New York ini memiliki suara dengan oktaf tertinggi, namun kenyataannya penyanyi yang menempa kejayaan dengan menyayikan lagu “Hero” ini hanya menghasilkan suara dengan tinggi 5 oktaf. Kita boleh menikmati suara tingginya pada lagu yang berjudul Emotion.

Gambar hiasan: Velasign

5. Beyonce

Penyanyi cantik yang berkulit hitam ini terkenal sejak mengeluarkan album yang berjudul Dangerously In Love, isteri kepada Jay-Z ini berjaya dalam kariernya tidak hanya sebagai penyanyi solo saja, malah sebelumnya dia juga telah meraih kejayaan ketika bergabung dengan trio Destiny’s Child. Beyonce memiliki suara dengan ketinggian 3 oktaf 4 nada.

Baca lagi: 5 Artis Yang Memiliki Wajah Tak Ubah Watak Kartun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *