5 Penjaring 3 Point Shoot Terbaik Yang Pernah Wujud Dalam Sejarah NBA

Jaringan 3 point shoot boleh dikatakan sebagai jaringan yang paling sukar untuk dibuat. Ia perlu dibuat di luar garisan ‘D’ dalam gelanggang bola keranjang di mana jaraknya adalah sejauh 7.24 meter dari jaring.

Untuk membuat jaringan ini, seseorang pemain perlu memiliki daya fokus yang tinggi di samping teknik yang betul, apatah lagi apabila ada pemain-pemain lawan yang akan datang mengasak, pastinya ia akan menambah lagi kesukaran untuk membuat 3 point shoot.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda antara 5 penjaring 3 point shoot terbaik yang pernah wujud dalam sejarah NBA. Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama lihat siapakah mereka.

Kredit foto: Rant Sports

#5. Steve Nash

Steve Nash adalah salah seorang pemain terbaik dalam sejarah NBA dan beliau juga merupakan seorang penjaring jarak jauh yang prolifik. Dalam NBA, beliau sudah mewakili 4 kelab berbeza bermula dengan Pheonix Suns, kemudian Dallas Mavericks, kembali semula ke Pheonix Suns dan berakhir dengan LA Lakers.

Mengikut statistik, peratusan kejayaan beliau membuat 3 point shoot dalam semua perlawanan yang disertainya adalah 42.8% dan sepanjang kariernya, Steve Nash sudah menjaringkan 1685 point.

Baca lagi: Pendek Tapi Boleh Buat Dunk? Inilah 5 Pemain Terpendek Dalam NBA Yang Boleh Buat Dunk

Kredit foto: Rant Sports

#4. Reggie Miller

Reggie Miller juga adalah antara lagenda dalam NBA memandangkan beliau boleh membuat 3 point shoot dengan banyak. Sepanjang kariernya, Miller hanya beraksi dengan satu pasukan sahaja sehingga beliau bersara iaitu Indiana Pacers. Beliau mula beraksi pada tahun 1987 dan telah bersara pada tahun 2005.

Sepanjang kariernya, Miller telah membuat 3 point shoot sebanyak 2560 point. Beliau juga memiliki rekod 39.5% untuk peratusan kejayaan membuat 3 point shoot sepanjang karier beliau dalam NBA.

Kredit foto: Upper Deck Chatter

#3. Steve Kerr

Pemain kelahiran Lebanon ini juga adalah antara 3 pointer shooter yang dikagumi dalam sejarah NBA. Beliau bermain di posisi point guard dan shooting guard sejak tahun 1988. Antara kelab yang pernah diwakili oleh Steve Kerr ialah Pheonix Suns, Cleveland Cavaliers dan Orlando Magic. Beliau bersara sebagai pemain pada tahun 2003 ketika mewakili San Antonio Spurs.

Beliau antara pemain yang mempunyai peratusan kejayaan tertinggi untuk membuat 3 point shoot iaitu 45.4%. Sepanjang kariernya, Kerr sudahpun menjaringkan 1599 point. Kini, beliau masih lagi beraksi di dalam NBA tetapi sebagai jurulatih untuk pasukan Golden State Warriors.

 

Kredit foto: Getty Images

#2. Ray Allen

Ray Allen adalah antara pemain NBA yang pernah membantu Amerika Syarikat memenangi pingat emas di sukan olimpik Sydney pada tahun 2000. Beliau mula berkecimpung dalam arena NBA pada tahun 1996 dengan mewakili Milwaukee Bucks. Allen pernah bergelar juara NBA pada tahun 2008 dan 2013 semasa mewakili pasukan Seattle Supersonics dan Miami Heats.

Ray Allen adalah pendahulu dalam senarai pemain yang paling banyak membuat jaringan 3 point shoot di mana beliau telah mengumpulkan 2973 point. Beliau juga telah mencatatkan 40% untuk peratusan kejayaan membuat 3 point shoot.

Kredit foto: Free Enterprise

#1. Stephen Curry

Walaupun baru berusia 28 tahun, Stephen Curry sudahpun mencatatkan nama beliau sebagai lagenda NBA. Baru-baru ini beliau telah membuat rekod baru apabila menjadi pemain yang paling banyak membuat 3 point shoot dalam sesebuah game. Rekod ini dihasilkan semasa pasukannya, Golden State Warriors menentang New Orleans Pelicans di mana Curry telah 13 jaringan melalui 3 point shoot.

Rekod sebelum ini dipegang oleh lagenda NBA iaitu Kobe Bryant yang telah membuat 12 jaringan melalui 3 point shoot pada tahun 2003. Rekod peratusan kejayaan membuat 3 oint shoot yang dimiliki oleh Curry ialah 44.4%.

Adakah anda merasakan ada bintang NBA lain yang patut ada dalam senarai ini? Jika ada, jangan segan-segan untuk nyatakannya dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Dunkers Terhebat Dalam Sejarah NBA Yang Anda Patut Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *