5 Penjaga Gol Berjaya di Dunia dengan Bayaran Tertinggi 2017

Sumber gambar: Footywin

David de Gea – Manchester United – £10.4 Juta

David de Gea merupakan penjaga gol dengan bayaran terbaik dunia. Manchester United dan pasukan kebangsaan Sepanyol telah menggantikan nama besar seperti Edwin Van Der Saar (kelab) dan Iker Casillas (negara) sebagai ketua penjaga gol. Beliau menyertai Manchester United daripada Atletico Madrid untuk 17.5 juta pound. Sir Alex Ferguson menemui permata untuk United, fakta yang menyerlah apabila Real Madrid terdesak mengambil beliau untuk menggantikan Iker Casillas pada tahun 2013. David menolak, lalu menjadi penjaga gol dengan kontrak terbaik dunia bersama Manchester United.

 

Sumber gambar: sportbuzzer

Manuel Neuer – Bayern Munich – £7.6 Juta

Sebagai penjaga gol terbaik dunia, Manuel Neuer yang berasal daripada Jerman pernah memenangi liga juara dan piala dunia sepanjang kerjaya beliau. Bermula bermain bola sepak ketika 4 tahun, semasa menyertai Bayern, lebih 1000 minit beliau bermain tanpa membenarkan gol, memecah rekod kelab Oliver Khan. Manuel ialah pencinta kereta, tetapi hanya memandu Volkswagen GTI Golf. Beliau dikenali sebagai seorang yang pemurah dengan wang dan masa, sentiasa bersama organisasi amal.

 

Sumber gambar: ytimg

Iker Casillas – FC Porto – £7.5 Juta

Real Madrid akan sentiasa mengingati Iker Casillas sebagai salah seorang penjaga gol terhebat mereka. Beliau  memenangi majoriti trofi bersama mereka termasuk trofi Champions League yang menjadi rebutan. Beliau juga adalah kapten dan penjaga gol Sepanyol, memenangi piala dunia dan piala Eropah bersama mereka. Kini Iker Casillas sedang berkenalan dengan Sara Carbonero, wartawan media selebriti. Kini beliau bermain untuk Itali sebelah Napoli selepas keluar daripada kontrak seumur hidup bersama Real Madrid CF.

 

Sumber gambar: Eurosport

Petr Cech – Arsenal- £5.2 Juta

Kapten lagenda Republik Czech dan penjaga semasa Arsenal Petr Cech ialah salah seorang penjaga gol terbaik zaman era ini. Beliau meninggalkan kesan dalam bola sepak bermain untuk Chelsea FC di mana beliau memenangi hampir setiap trofi bersama mereka termasuk Champions League 2012 dan EPL sebanyak tiga kali.

 

Sumber gambar: Sky sports

Hugo Lloris – Tottenham Hotspur – £4.56 Juta

Penjaga gol Perancis ini ialah penjaga gol dan ketua pasukan Spur untuk kedua-dua kelab dan negara. Beliau terkenal dengan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya. Menjadi sasaran kelab-kelab yang besar, Lloris menunjukkan keberanian yang tidak tertanding dan merupakan salah seorang penjaga gol terbaik dunia. Beliau menyertai Tottenham pada tahun 2012.

Baca lagi: Sekolah Tinggi di Maine Adalah yang Pertama di AS Mengeluarkan Hijab Sukan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.