5 Pengurus Bola Sepak Terhebat Yang Tak Pernah Bermain Bola Sepak Secara Profesional

Mungkin ada yang mengatakan, untuk menjadi pengurus bola sepak, seseorang itu mestilah bermain bola sepak secara profesional. Mengapa? Ini kerana, seseorang individu yang pernah bermain bola sepak akan menjadi lebih arif dan mahir untuk menguruskan sesebuah kelab bola sepak.

Namun begitu, artikel kali ini adalah untuk membidas mitos sebegitu rupa. Kali ini, kami telah kumpulkan 5 pengurus terhebat dalam sejarah bola sepak yang tidak pernah sekali pun bermain bola sepak secara profesional. Jom kita lihat satu persatu siapakah 5 pengurus yang tidak pernah bermain bola sepak secara profesional ini.

pengurus bola sepak

Kredit foto: Jeffgoulding.com

Gerard Houllier

Bekas pengurus Liverpool ini sebenarnya adalah seorang guru. Beliau mempunyai ijazah dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris. Beliau mula menjadi guru semasa bapanya sakit dan terpaksa mencari duit lebih untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Beliau pernah menjawat jawatan timbalan pengetua sebelum berhenti pada tahun 1973 dan menjadi pengurus kelab Le Touqet iaitu kelab pertama di bawah pengurusannya. Semasa menjadi pengurus Liverpool, Gerard berjaya membantu Liverpool memenangi Piala Liga, Piala FA dan Piala UEFA pada musim 2000/2001.

Baca lagi: 5 Aksi Comeback Yang Mengkagumkan Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

ads-hair-tonic

Kredit foto: Big Apple Soccer

Kredit foto: Big Apple Soccer

Carlos Alberto Parreira

Carlos adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Brazil juara Piala Dunia pada tahun 1994. Bekas pengurus ini bukanlah seorang pemain bola sepak semasa masa mudanya tetapi beliau adalah seorang jurulatih kecergasan.

Pernah menjadi jurulatih kecergasan untuk beberapa kelab di Brazil sebelum Kuwait melantik beliau menjadi ketua jurulatih pasukan belia Kuwait.

Kredit foto: Gersnet

Kredit foto: Gersnet

Bill Struth

Beliau sebenarnya bekerja sebagai tukang batu sebelum melibatkan diri dalam bidang sukan di mana beliau menjadi olahragawan untuk acara lari jarak sederhana. Penglibatan Bill sebagai olahragawan telah menjadi pembuka pintu untuk beliau menjadi pengurus bola sepak.

Mulanya beliau bertugas di Clyde dan Hearts sebelum menyertai Rangers pada tahun 1914 sebagai penolong pengurus sebelum beliau diangkat menjadi pengurus pada tahun 1920. Beliau berjaya membantu Rangers sebagai juara liga sebanyak 18 kali.

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Pinterest

Kredit foto: Pinterest

Arrigo Sacchi

Sebelum bergelar sebagai pengurus bola sepak, Arrigo Sachi adalah seorang jurujual kasut. Selepas terlibat di belakang tabir dalam pengurusan beberapa kelab bola sepak di Itali, beliau diberi peluang untuk mengurus Parma.

Pengurusan Arrigo yang cemerlang di Parma telah menarik perhatian pemilik AC Milan yang akhirnya melantik beliau sebagai pengurus kelab yang baru. Arrigo Sacchi juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Itali ke final Piala Dunia 1994.

Kredit foto: www.allezlelosc.fr

Kredit foto: www.allezlelosc.fr

Guy Roux

Digelar sebagai pengurus yang tidak pernah bermain bola sepak secara profesional terhebat sepanjang zaman kerana mengurus Auxerre dengan cemerlang sekali. Beliau diberi tugas untuk menjadi jurulatih di Auxerre semasa usianya 23 tahun walaupun tiada pengalaman. Guy menjadikan Crystal Palace sebagai rujukan untuk mengemudi pasukannya.

Sepanjang 44 tahun mengurus Auxerre, Guy berjaya menaikkan kelab ini ke Ligue 1, bergelar juara Ligue 1 pada musim 95/96, bergelar juala Coupe de France pada musim 94/95 dan membantu melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia seperti Eric Cantona, Laurent Blanc dan juga Djibril Cisse.

Adakah anda bersetuju dengan pilihan ini? Jika tidak, anda boleh tinggalkan cadangan atau pendapat berkenaan artikel ini dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Ijazah dan Seorang Daripadanya Memiliki Ijazah Perubatan

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.