5 Pengulas Bola Sepak Terbaik Yang Biasa Anda Dengar Semasa Perlawanan EPL

Tanpa para pengulas, perlawanan yang anda tonton pasti membosankan. Mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab menaikkan semangat dan keterujaan para penonton apabila menonton perlawanan bola sepak.

Di samping bergantung kepada corak permainan yang cantik yang dipamerkan oleh para pemain bola sepak, para pengulas bola sepak ini adalah perencah tambahan untuk menjadikan perlawanan yang dimainkan menjadi lebih menarik untuk ditonton.

Oleh itu, untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda 5 pengulas bola sepak terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Suara para pengulas ini kami yakin sudah tertanam elok di dalam minda para peminat dan juga penonton perlawanan-perlawanan di dalam Liga Perdana Inggeris.

Mungkin selama ini anda cuma mengecam suara sahaja tetapi tidak mengenal rupa mereka, jadi hari ini kami akan paparkan kepada anda wajah di sebalik suara-suara yang telah menjadikan perlawanan yang anda tonton sesuatu yang menarik dan mengujakan.

pengulas bola sepak

Kredit foto: Sky Sports

#5. Alan Smith

Sebelum bergelar sebagai pengulas bola sepak, Alan Smith sebenarnya adalah seorang pemain bola sepak. Beliau pernah bermain dengan Leceister City dan juga Arsenal di Liga Perdana Inggeris. Beliau mula bermain pada tahun 1981 sebelum bersara pada tahun 1995 akibat kecederaan.

Kini, beliau masih meneruskan kariernya dalam bidang bola sepak tetapi sebagai pengulas perlawanan bola sepak. Beliau turut menyumbangkan suara untuk francais permainan video popular iaitu FIFA.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuknya Walaupun Selepas Beraksi 90 Minit

ads-pomade_updated

Kredit foto: World Soccer Talk

Kredit foto: World Soccer Talk

#4. Andy Gray

Dilahirkan pada tahun 1955 dan Andy Gray juga merupakan bekas pemain bola sepak untuk pasukan Scotland serta pernah beraksi dalam liga bola sepak di England. Beliau bersara dalam sukan bola sepak pada tahun 1990 sebelum meneruskan kariernya sebagai pengulas pada tahun 1992.

Andy Gray pernah mencipta kontroversi semasa mengulas apabila dia mengkritik seorang penjaga garisan yang juga seorang wanita dengan memperlihatkan unsur-unsur diskriminasi terhadap wanita. Insiden pada tahun 2010 ini menyebabkan Andy Gray diberhentikan oleh Sky Sports. Namun begitu, beliau masih meneruskan kariernya sebagai pengulas.

Kredit foto: The Football Pink

Kredit foto: The Football Pink

#3. Jon Champion

Jon Champion bukanlah seorang pemain bola sepak tetapi beliau telah lama terlibat dalam karier sebagai pengulas sukan ini. BBC Sport merupakan tempat pertama beliau menunjukkan bakatnya sebagai pengulas sukan di mana beliau memasuki bidang ini pada lewat tahun 80an.

Selain aktif bergelar pengulas untuk Liga Perdana Inggeris, Jon Champion juga telah menyumbangkan suaranya untuk permainan video ‘Pro Evolution Soccer’.  Anda boleh mendengar suara Jon Champion bermula dari Pro Evolution Soccer 2008 sehinggalah 2015.

ads-hair-tonic

Kredit foto: The Observer

Kredit foto: The Observer

#2. Peter Drury

Peter Drury yang dilahirkan pada tahun 1968 telah memulakan kariernya sebagai pengulas sukan sejak tahun 1998. Beliau memulakan kariernya di ITV di mana pada awalnya beliau adalah pembantu pengulas sebelum diberi tanggungjawab untuk menjadi pengulas utama.

Ulasan-ulasan beliau semasa perlawanan berlangsung dikatakan mampu membangkitkan emosi para penonton dan di samping itu beliau juga sering mengeluarkan kata-kata hikmah yang sesuai dengan perlawanan yang sedang berlangsung. Peter Drury juga turut menyumbangkan suaranya untuk permainan video Pro Evolution Soccer bermula dengan Pro Evolution Soccer 2016.

Kredit foto: Sky Sports

Kredit foto: Sky Sports

#1. Martin Tyler

Martin Tyler adalah lagenda pengulas bola sepak Liga Perdana Inggeris. Malah, beliau juga pernah dicalonkan sebagai Pengulas Terbaik Dekad Ini oleh FA Premier League pada tahun 2003. Beliau mula menjadi pengulas pada tahun 1974 di mana perlawanan pertama yang diulasnya adalah pertemuan di antara Sheffield Wednesday dan Southhampton.

Selain mengulas perlawanan-perlawanan bola sepak, Martin Tyler turut menyumbangkan suaranya untuk francais permainan video FIFA bermula dari tahun 2008 dan sehinggalah siri yang terkini iaitu FIFA 17.

Adakah anda ada pengulas-pengulas pilihan anda sendiri yang tidak ada dalam senarai kami? Jika ada, jangan segan-segan untuk nyatakan siapakah pengulas Liga Perdana Inggeris pilihan anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Jimmy Bullard: Pemain Bola Sepak Yang Diingati Kerana Sifat Kelakarnya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.